10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober dan November yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!
140 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai..TAP Saya umie, seorg ibu yang sekarang mempunyai 4 org anak. Anak ke 2 (10 tahun)saya anak istimewa yang menghidapi masalah CP (CEREBRAL PALSY) dia tidak boleh berjalan, Dan duduk pun memerlukan sokongan. Di rumah saya hanya ada 1 car seat yang saya sediakan untuk kemudahan dia. Kini saya memerlukan 1 lg car seat untuk Adik dia yang baru sahaja lahir hujung bulan November hari itu. Saya memerlukan car seat ini kerana kelak si adik akan membesar Dan penjagaan dia didalam kenderaan amat2 penting bagi saya juga. Dalam keadaan ekonomi keluarga saya yang kurang mencukupi akibat drpd pandemic COVID-19 yang mana suami saya diberhentikan kerja dan hanya saya yang bekerja menampung keluarga. Dan pengeluaran pembelanjaan amat2 terbatas untuk saya membeli 1 lg car seat kerana gaji saya tidak mencukupi. Saya berharap ada rezeki saya dan anak saya untuk memiliki car seat daripada giveaway ini. Terima kasih TAP Dan Berjaya Sompo serta Crolla atas anjuran giveaway ini.

Baca lagi