10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober dan November yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!
140 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Terima kasih TAP, Berjaya Sompo Insurance dan Crolla yang sentiasa peka dan prihatin dalam membantu keluarga yang kurang berkemampuan untuk memiliki Carseat. Saya antara keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyediakan Carseat untuk anak lelaki saya semenjak hero kecil itu lahir sehinggalh ke hari ini. 13.01.2022,genaplah hero kecil saya berumur 2tahun. Saya amat berbesar hati sekiranya menjadi antara keluarga yang bertuah untuk memiliki Carseat bantuan ini sekaligus menjadi hadiah kelahiran buat hero kecil saya. Tidak dinafikan,keselamatan anak di atas jalan raya adalah keutamaan setiap ibubapa. Tetapi disebabkan faktor kewangan yang tidak mencukupi,kami belum mampu untuk menyediakn tahap keselamatan yang terbaik bagi anak kami bila berada di atas jalan raya. Sudah semestinya saya menyertai pertandingan ini dengan harapan agar menjadi antara 10 keluarga TAP yang layak untuk menerima bantuan Carseat. Semoga ada rezeki untuk hero kecil saya,sekaligus memberikan senyuman lega kepada kami sebagai ibu bapa. Terima kasih sekali lagi kepada TAP,Berjaya Sompo Insurance dan Crolla.

Baca lagi