Ibu ibu sy nak share, kalau ada masalah jgn simpan dlm hati. Bykkan zikrullah. setiap kali dlm hati tu rasa penat je terus zikir, ada fikiran negative terus zikir. Sy niat share on my experience terkena gangguan. benda halus ni dia suka bisik kat hati kita untuk nampak kekurangan suami, tp selagi suami ibu tak naik tangan dan tak curang. Dia suami yg baik, kdg dlm rumah tangga kita yg kena pimpin dia. Walau dia ketua keluarga. sy ibu muda dan baru berkahwin 3 tahun, sy tak layak untuk nasihat ibu yg dah berpuluh tahun pengalaman. Cuma ini yg saya lalui sepanjang saya sakit.
makin lama ibu simpan, makin byk emosi terkumpul. Dan lama lama ibu boleh jd panas baran atau mental.
Kdg kita stress pasal kewangan myebabkan kita serabut, suami pun kerja sorang je. Takpe amalkan ya kahfi, ya ghani, ya fattah, ya razzaq. Perkongsian ni dari ustaz eddyka yusof. Sjak sy amalkan setiap hari sy rasa cukup dan sentiasa ada. tapi nawaitu kena ikhlas sebab rezeki allah dtg bukan dalam bentuk duit je. ❤️
Anonymous