Sesi Tanya Pakar bersama Cik Charlene Marie Samuel, Pengarah Urusan Autism Behavioral Centre (ABC)

Ibu ayah dah bersedia untuk anak melangkah masuk ke sekolah? Bagaimana pula kanak-kanak istimewa seperti anak Autisme, Down Syndrome dan sebagainya? Bagaimanakah cara untuk mempersiapkan anak syurga ini untuk ke sekolah? Apakah persiapan yang ibu ayah perlu sediakan? Jom tanya pakar jemputan kali ini iaitu Puan Charlene Marie Samuel, Pengarah Urusan Autism Behavioral Center (ABC), tentang topik mempersiapkan anak istimewa untuk melangkah ke sekolah, pada hari Khamis, 10 Februari 2022, jam 3 petang. *NOTA : Sebarang soalan diluar daripada topik dan waktu yang ditetapkan akan dipadam atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Charlene Marie Samuel, Pengarah Urusan Autism Behavioral Centre (ABC)
14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

hai Puan Charlene Marie Samuel🌹 1.saya nak tanya bagaimana nak detect anak kita alami autism? 2.dari umur berapa kita boleh detect anak kita autism jika dia lahir nampak normal tapi sebenarnya ia special? 3. bagaimana kita nak jaga mereka? adakah permainan yang sesuai untuk mereka? yang boleh kita beli untuk merangsang minda mereka dalam pembelajaran? 4. dan bagaimana untuk memilih sekolah yang sesuai untuk anak yang autism? adakah dengan cara melihat fasiliti yang ada? atau sebaliknya itu sahaja soalan saya dan Terima kasih puan atas jawapan yg di beri❤️ Have a nice day😉🌹

Baca lagi
4y ago

4. Jikalau anak puan boleh berkomunikasi, tidak ada tingah laku yang boleh menjejaskan pembelajaran, pilih sekolah yang: - ada kelas yang kecil (kurang dari 15 murid) dan ada guru bantuan atau assistant teacher yang boleh memberi bantuan lebih kepada anak2 yang memerlukan - guru yang terlatih menangani tingkah laku seperti kurang attensi, tantrum dan meltdown dan tingkah laku yang aggresif