bukaan baru 1cm

hii mommy semua, nak tanya, macam mana ya nak cepat kan bukaan jalan,dah dah 39w 3d, air ketuban n darah atau lendir belom kluar, tapi sakit 5minit sekali dh ada,pergi hospital dokter cakap baru 1cm,,dokter bagi balik dulu sebab dia cakap anak sulung n baru 1cm,nak tunggu bukaan jadi 40cm lambat kalau anak sulung,ada cara tak macam mana nak cepat kan bukaan,,nurse n dokter xbagi minum air selusuh or whT,,,bow tengah menahan sakit contraction sambil main gym ball n buat sit up je

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya ada pengalaman 39w6d. 5hb kul 1 pagi awal tu sakit contraction. ingatkan tipu tipu je. tapi range dari 5 - 10 minit sakit. sakitnya pulak kurang 60 saat. tapi still takde tanda. bila tidur, tetiba sakit, tapi bila taksakit tu, boleh tidur. hahahaa. astu bangun pagi tu dalam kul 8 nak mandi, tiber ada spot darah. so confirm la kena pergi. tapi sesiap mandi, sempat lagi g sarapan nasi lemak sup kambing. dalam kul 11pagi tu baru laa nak pergi hospital pontian baru 1cm. check ctg, jantung baby laju. terus kena hantar hospital sultanah aminah. kul 4petang doc seluk baru 2cm. and jantung baby okay je senanya. takda isu pun. rasanya jantung baby laju sbb baby stress perut ibu kena pressure dgn ctg tu ikat kuat kot. hahaha. so tidur laa kat sepital. sbb dah nak due, doc takbagi balik. 6hb jam 9malam. dapat makan kek coklat tornado. kononnya order dgn akak ofis sbb yakin masih boleh bekerja lagi. sbb anak sulung kan. hahahaa. lepas dapat makan sikit, tiber contraction lagi. contraction memang waktu malam dia dtg. siang siang dia tidur 🤣🤣 tuptup pecah air ketuban. ahh sudah. dah tiber masa ke? dan lagi wei pergi panggil nurse kebetulan dorang ada sesi tukar cadar tu suh dorang tukar cadar katil. astu sempat jugak laa g toilet sbb nak bersihkan and pakai apa yg patut sebelum nak kena seluk lagi. memang dah cakap kat diri nak check bukaan lepas g toilet. astu lepas je keluar toilet, nurse tu marah kenapa tak gtau dorang dah pecah ketuban. hahahaha memang laa. sbb segan ahh kotor kotor nak suh dia seluk takut dorang tak selesa. huhu i pun reda je laa dia marah. astu dia suh g tempat seluk tu. bukaan dah 7cm. maigod. memang kena bersalin laa ni. terus tanya mana fon mana baju baby. ah sudah. mana ada bawak fon g toilet buatnya jatuh kee. haa satu hal. pahtu nurse laa ambilkan fon dgn baju baby. memang beg semua dah pack balik sbb taknak tinggal sepah sebelum g toilet. terus kena bawak ke lr. taknaik wheelchair tau. terus tolak strecher. hahahaa masuk lr, soal jawab sikit. dia nak check bukaan lagi. rasanya 8cm dah. astu dia tanya nak ubat tahan sakit tak. astu jawab laa boleh je. so dia bagi. taksampai 15 minit bidan tu keluar, sakit rasa nak terberak. mean mcm ada benda nak keluar lah. panggil nurse doc dalam 3 kali baru dorang dtg. hahaha i first time okay beranak so i takde pengalaman mcm mana nak teran, tapi teran je laa. kena marah dgn nurse tu naseb laa sbb laki takde kan. kalau ada rasanya dia takberani nak marah 😂 i is reda. lepas 3 kali try (kot) baru laa keluar seketoi budak kecik nama Ariz Ziqri. hahaha 2306, 40w ngam due 6 sept baby berat 2.85kg. tinggi 44cm. comel putih mcm cino dgn mata sepet gitu. dalam 10 minit skin to skin nurse ambil baby nak mandikan vaksin semua. so bidan tu jahit. ye jahit sbb gunting dan koyak. i taktanya berapa jahitan sbb ingatkan dia akan bagitahu lepas siap. astu aku nonong sampai ke sudah taktahu berapa jahitan bila orang tanya 😆😆 tapi nak gtau, i jahit taksakit. just rasa jarum dicucuk dan benang ditarik. tu je laa. nak kata tak sakit tu tipu la kan. tapi takberapa laa. rasanya sbb bius tu takhabis pakai lagi. ye laa. baru sejam kat dalam lr. so rasanya membantu la kot. taklama pun dalam lr. astu terus g wad jam 12am 7hb. sbb anak sulung and covid, dapat jugak laa pak dia masuk sat azan dgn ambil uri dgn ambil barang kat katil sebelum beranak tu. kalau tak, takdapat jugak masuk. jam 0600 tu doc dtg check okay baby dgn ibu, terus boleh balik pagi tu dalam 1000 gitu. settle anak ibu yg memudahkan dari dalam rahim sampai lah sekarang 6month dah. sesi makan pulak. masa mengandung memang takde alahan. cuma lapar je boleh muntah. bila kenyang, lena tidur. skg tidur tiap malam, takde meragam bangun tengah malam. alhamdulillah. panjang lebarkan. hahaha btw ibu kecik je. 43kg daftar buku pink, last sebelum beranak 53kg, lepas 6 bulan beranak 42kg. tinggi 155cm. thankyou sudi baca. loveyou 🤗 alhamdulillah syukur

Baca lagi
1y ago

alhamdulillah awk dapat beranak normal...saya czer ,,,sebab baby lemas dh dokter kata, tak kisah lah yg penting ank dh selamat alhamdulillah sekrang dh 5bulan...baby boy jugak ank sy, 8/11/20 rayyan harraz nama dia ...

Post reply image

jgn mnum air selusuh slagi bukaan belum 7cm nt sis sakit tp bukaan xbukak byk lg.. lg la seksa, bykkan naik turun tangga or squad, jln2.. klau sakit baring mengiring ke kiri, blajar teknik pernafasan yg btul utk kurangkan sakit.. set mind mcm mna pun aku nk besalin normal, good luck sis smoga slamat smuanya

Baca lagi

ya ampun sampai 40cm , besar mane tuuuu takyah teran dah keluar , biase 5-6cm dah masuk lr , tunggu 10cm je . jgn minum air selusuh selagi bukaan tak banyak , awk kat rumah tu boleh lah jalan itik / bersama suami pun membantu jugak

1y ago

nak tulis 10 cm tersalah taip

bkn tggu 40cm.. dlm 5-6cm dh bleh masuk lr... bykkan berjalan.. naik tangga turun tangga dan baca doa nabi yunus selalu..

VIP Member

maaf puan sy tiada pnglmn ttg ini..sy try up status puan ni ea..mg dpmudahkan segalanya..aamiin

Sis dekat hospital mana tu bagus la beri gym ball . Semoga dipermudahkan semuanya aameen