Tolong ada sesiapa yang pernah mengalami situasi ni?

hii assalamualaikum. haid saya yg terakhir semasa 03/04/2022, dan anggaran haid seterus nya adalah 03/05/2022 kn? tapi kemarin saya tergerak hati nak cek pregnancy test & test tu bole nampak 2 line, tapi 1 line tu pudar sangat. hari ni sya try lgi test guna jenama clear blue & mnunjukkan "pregnant" tlong sesiapa yg perna bgini, ada ka sya confirm mengandung? sebab saya belum terleway haid.

Tolong ada sesiapa yang pernah mengalami situasi ni?
17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi sis.. sy pun memula menngandung sama sebiji mcm sis juga. Ya betul sis mengandung. Tapi kandungan masih baru lagi. Boleh tunggu dalam 6-7 minggu untuk scan baby ya. Selain tu, minum susu 2X sehari. Susu tepung biasa contohnya: Fernleaf, everyday ni suggestion doktor. Susu mengandung tak digalakkan sebab risiko bayi dalam kandungan akan besar dan kemungkinan ibu akan kencing manis sangkut GDM. Makan makanan berkhasiat. Jangan mkan pedas, tajam, masam dan berminyak. 1st trimester, ibu mengandung sangatlah mudah kena gastrik. Selain tu boleh buatkan perut tak selesa dan memulas dan cirit-birit. Cirit birit x elok ya boleh menyebabkan ibu dihidrasi n boleh membahayakan baby n boleh keguguran. Selain tu,, Asid folik jangan pernah tinggal ya. Asid folik untuk bantu tumbesaran baby dan elakkan kecacatan pada baby. Nanti dah 8 minggu dah boleh buka buku pink. Kalau mcm sy sendiri KK tempat sy terima buka buku awal. Sy sendiri kes sama mcm awk. Cek kt KK 4 minggu terus buka buku pink. Alhamdulillah.. dah 5 bulan skrg.

Baca lagi