Folic Acid 5mg dan OBIMIN
Hi mummy.. nak tanya mummy smua amalkan yg mana? saya ada dapat folic acid dari hospital dan masa buat buku pink kk bagi sy obimin.. skg sy dah pregnant 9 week.. mne lagi better sy ambil? folic acid 5 mg atau obimin yg ada pelbagai vitamin tapi folic acid rendah x smpai 5mg?

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, obimin juga mengandungi folic acid, jadi sekiranya anda masih ada vitamin folic asid sebelum ini, anda boleh mengambilnya bersama pil obimin tersebut untuk menghabiskannya, dan jika telah habis anda hanya perlu makan obimin sahaja tanpa perlu menambah suplemen folic asid. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagi



General Practitioner of Medicine at DoctorOnCall. 9 years of working experience in both government a