Seminggu spotting

Harini dah seminggu keluar spotting coklat, kdg2 je kluar drah cair tu pun sikit. Dah makan ubat kuat rahim tapi masih keluar spotting lagi. Saye tak pergi hospital lagi, perlu ke saye pergi ke hospital untuk tahu dengan lebih detail ?

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Macam sy ituhari bleeding mmg doc bagi ubat kuatkan rahim, masa mkn ubat tu pun still spotting dan bleeding lagi, bila bleeding lagi, sy pergi emergency lagi dan dpt check dgn doc lain pula Sy doc yg kali ni dia check lebih details lah, dia akan cari sampai dpt apa punca bleeding tu, dan doc ckp sy bleeding sbb ada tumbuh daging lebih, benda tu yg buatkan sy bleeding. Masa tu doc bg ubat utk kurang kan bleeding, mmg takde keluar bleeding dah tp still keluar lendir coklat2 mcm sisa2 period kot. Bila scan baby Alhamdulillah baby membesar dgn sihat, jadi lps tu sy takdelah risau sgt dah. Yg penting kite check dgn doc pakar O&G sebab mereka lebih pandai bab2 ni.

Baca lagi
TapFluencer

Ubat kuat rahim tu prescribed by doktor ke tak? Kalau ya, habiskan ubat tu dan selalunya doktor bg appointment lg 2 minggu. Ubat tu pun ngam untuk 2 minggu kan. Habiskan ubat tu. Mcm saya ikut je ckp doktor;banyakkan bedrest, elakkan stress, minum air kosong secukupnya, amalkan pemakanan sihat, jangan angkat dan buat aktiviti berat. Seminggu lebih keluar spotting, doktor kata habiskan je ubat tu. Jika puan risau juga, pergilah cek doktor.

Baca lagi

tak pergi hospital mcm mana boleh dpt ubat kuat rahim? dari klinik swasta? atau beli sendiri? soalan ni dah berpuluh kali org tanya sis, apa2 pendarahan berlaku masa hamil mmg sgt tak normal. sikit/byk, cair/pekat. tolonglah kalau sayang kandungan, risaukan kesihatan & keselamatan baby, terus ke hospital. bukan marah cuma entahlah.....😊😊😊

Baca lagi
1y ago

Ubat kuat rahim dpt dri klinik swasta.

awak p hospital . saya paling fobia spoting ni . sbb sy pernah spoting dan gugur. smpai skrg sy pregnant smula . sy still takut , risau . apa apa spoting tak normal . biasa kalau spoting penempelan pun 1-2 hri je . awak p je hosp okay . doc hosp akn cek lagi detail . skrg awak berapa weeks ??

1y ago

Sye bru 7 week.

sis kalau dah mkn ubt kuat rahim tp masih lg spotting better pg hospital trus...sye pun ade mslh mcm sis time pregy tp lpas ambk ubt kuat rahim spotting dh xde... mcm kes sis ni lebih baik gi hosptil trus...

Ada penah kawan sy mcm awak jgk , awak kena bedrest ye jgn bt keja langsung kalau bekerja ambik cuti smpai da stop bleeding. kalau pegi hospital or klinik pun dorg sama je bg ubat kuat rahim

kalau ada spotting/bleeding seeloknya direct ke hospital gov je.. elak p klinik swasta dulu sbb hospital lebih detail & murah. klinik swasta sesuai utk scan je..

Saya rasa lebih baik pergi ke hospital utk dapatkan kepastian yg lebih yakin dari dr. Kat sana diorg akan scan dan klu kena admit, admit je utk pantauan dr. 😊

sis kena pergi hospital dulu, saya keluar spotting doktor tak sarankan makan ubat tu, lain orang lain jenis spotting tu, jumpa doktor dan dapatkan saranan doktor.

yes perlu...jgn bt leka dngan pkra mcm ni,kita tak thu apa yg jdi sebenarnya..tolong peka yea..