Patah Semangat Menyusu Badan

Hai, sekadar nak meluah apa yang saya alami dan sekiranya ada penyelesaian, boleh utarakan di ruangan komen. Saya seorang surirumah, tapi anak tak pandai hisap secara terus dari dada sejak lahir. Saya dah jumpa ranai orang minta bantuan tapi terpaksa juga pam dan beri melalui botol. Sekarang anak hampir setahun. 6 bulan pertama, susu badan saya sangat meriah dan ikutkan boleh sangat buat stok tapi waktu tu saya tak ada ilmu simpan susu. Hanya pam dan terus bagi, pam setiap 2-3 jam. Sejak anak makan, susu makin hari makin kurang. Saya takde makan mana-mana milkbooster yang dijual di pasaran sebab saya yakin setiap ibu berlainan milkbooster. Setiap kali nak datang bulan, susu akan berkurang sangat puting rasa kering walaupun dah sapu krim jenama Palmer's Cocoa Butter tu. Anak masuk 11 bulan, saya mula perasan susu makin kurang. Kebetulan dah nak datang bulan, puting saya sebulan lebih luka sebelum tu. Lambat baik dan sebab obses nak susukan anak sehingga umur dia 2 tahun, saya paksa pam. Mesti akan menangis nak pam, marmet mesti melecet. Sejak tu saya dah tak pam, susu memang kurang walaupun saya pam 3-4 jam. Mak suruh rehat pam 2 hari sebab luka teruk dan dada terlalu sensitif. Terkena baju pun nak menangis, inikan pula nak pam. Terpaksa juga bagi susu formula dekat anak. Kalau ibu tertekan, susu mesti tak kan keluar kan? Sebab tu suami pujuk juga bagi formula, dari ibunya tertekan, susu tak ada. Saya pernah pandang serong ibu yang bagi susu formula pada anak. Tapi bila tengok kakak ipar sendiri tak dapat bagi susu badan pada anak, saya cuma sekadar sinpati. Saya masuk dalam banyak kumpulan sokongan ibu menyusu, tapi akibat baca dari situ, saya makin obses dan pandang serong ibu bagi formula pada anak. Ye, ini akibat yang perlu saya telan. Bila terjadi pada saya, saya pandang semula orang sekeliling yang beri anak susu formula. Bukan kehendak mereka, bukan tak cukup ilmu, tapi tak ada rezeki nak susukan badan. Kalau paksa, ibu akan tertekan. Bila tertekan, lagi lah susah susu nak keluar. Saya dah alami, orang nasihat kena positif, fikir yang baik-baik, tapi ada masa saya mengalah. Saya redha. Bukan rezeki anak susu badan 2 tahun. Saya tak jumpa dah milkbooster saya (rasa gembira, makan makanan kegemaran) sebab semua tu dah biasa pada saya. Masih lagi mencuba pam, harap-harap masih ada lagi susu badan walaupun terpaksa campur.

12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi mommies.. I rasa u lagi untung dpt susu badan kan baby. I dpt susu bdn kan baby waktu baby masih 1bln jer tu pun x byk. I pkai pam plg byk i dpt mula2 2oz utk 3 4jam. Btul tu mcm i, i pksa kan diri i pam smpai i sndiri tak ckup tdr waktu berpantang. I bgn stiap 2jam utk pam tp hasilnya i dpt 1oz or 2oz jer utk 3 4jam. Last2 i bg fm utk baby. I join group ibu breastfeed dlm fb, tapi sperti mana yg u ckp mmg i pun x faham knapa hampir sluruh ibu dlm group tu mmg pandang serong ibu yg bg fm smpai yg ckp ibu yg bg fm nie sia2 jer mengandung dan ibu bg fm tak nak cuba dulu sblm bg fm. I tak faham knapa smpai begitu skali. Xkan nak biar kan anak berlapar gara2 nak dpt kan susu bdn. Berbalik kerpada cerita saya, bulan ke 2 i habya dpt kurg 1oz dlm masa 3 or 4jam.i bli hmpir beratus2 milk booster and 3 pam berlainan tp masih xde beza. Berminggu2 juga i nak decide nak stop kan bf smpai k kdg2 i nangis sndiri bila nak decide stopkan bf nie. Last2 bila i fikir baby lapar, i pula x ckp tdr so i decide utk kluar dr group bf fb, i bg kan milk booster i kpada biras i baru i dpt berhenti kan bf coz buat i sendiri sengsara and tertekan. Mmg btul makin tertekan makin susu xnak kluar. So utk ibu yg dpt bf jgn la pandang serong kat ibu2 yg bg fm. Bukan dorg nak pun bg fm n tak bg bf, cuma mereka xde rezeki mcm u all yg ada susu berlimpah2. So please jgn ckp fm x bgs. Kita sumer ibu yg mmg nak terbaik utk anak. Skrg baby i 3 bln first baby and dh 6kg+ full fm. Maaf ini sebagai luahan hati i.

Baca lagi
5y ago

Typo: Fed is best

Sy tak ambik milk booster. Alhamdulillah, susu cukup utk anak sy. Sy selalu fikir, sy seronok dpt susukan anak, sambil main dgn baby masa menyusu. Ramai ckp, susah nk lepas nanti sbb direct feed, tak boleh pegi mana la, baby terlebih manja laa, apa2 jela org nak kata. Jangan fikir susu formula x elok, fikir yg kita nk luang masa dgn baby sambil susu tu. Please dear, jgn try hard. Sy pernah susu xbyk skejap, sy buat apa suka, cthnya sy suka tgk kpop. Jadi emosi sy kembali stabil. Sy pun surirumah, kita sndri pilih apa kita nak, buat sesuatu utk diri sndri bukan utk org lain. Cuba utk tak bandingkan something. Maaf kalau terckp lebih, baby sy baru 6 bulan jd sy masih rasa direct feed tu mcm mana. Hrap awk x terasa pape kayh 😚

Baca lagi
Super Mum

Anak saya pon sama, tak pandai hisap direct sejak lahir... Dokotr tahan baby dok di wad, pantau dalam 2 minggu... Awal tu saya pon risau, stress. Doktor hari2 pesan jangan stress, kalau stress susu takda... Masa tu baby minum susu ikut tiup, saya pam susu simpan wad. Setiap hari akan ada orang dari Occoupational therapy datang buat terapi rangsangan di bibir, area muka untuk rangsang baby bagi pandai hisap. Alhamdulillah lepas tu baby boleh hisap walaupun mula2 tu tak kuat... Sekarang baby dah 5bulan. Alhamdulillah memang dapat direct bf... Dugaan masing2 lain... Yang penting baby sihat... Sis jangan stress sangat yaa... Yang penting perkembangan baby semua okey... Harap sis kuat dan baby sis membesar dengan sihat...

Baca lagi
VIP Member

Sy dah rasa bg fully fm n fully fm.. Xde ape yg teruk sgt pon org yg bg ank fm ni... Lgpon dia xnk duit kita pon beli susu tu yg sebok sgt ko nk oandang serong bagai...nk wat cmne sis... Rezeki ank awk utk susu ibu takat tu je. Tp awk still cuba pam kan... Sy hrp lps ni bila emosi awk dah ok susu akn produce semula.. Jgn sedih2 ok

Baca lagi

Terima kasih semua atas pandangan dan doa. Saya dah consult doktor dan diberi ubat tambah susu, tapi masih sama. Mungkin rezeki anak sampai sini je. In Shaa Allah, bila ada baby kedua sekurangnya ada dah ilmu dan pengalaman penyusuan masa anak pertama ni. Ibu-ibu semua sangat positif. Terima kasih banyak-banyak.

Baca lagi

Mula2 mmg stress sis..rasa gagal sgt sbg sorg ibu bile xdpt berikn susu bdn pd baby. Tp kena positif lah. Sy stress sgt bile umur baby 5 bulan, susu sy dh xde. Sedih teramat sbb terpaksa bg baby minum susu formula. Tp terpaksa redha. Itu je rezeki anak utk dpt susu bdn. In Shaa Allah lama-lama sis akan ok.

Baca lagi
5y ago

Ye betul. Mula-mula tu rasa bersalah sangat tak dapat bf anak, tapi suami pun tak nak saya makin tertekan. Dah pelbagai tips saya cuba nak kekal positif, tapi sebab benda ni saya jadi makin emosi. So, saya continue bagi dia fm. Alhamdulillah, anak pun berat normal, tinggi makin naik.

Buatlah yg terbaik utk diri u dan bby. Inilah moment yg x akan berulang utk kita. X kisah lah bf atau fm. U dah cuba sedaya upaya tp mgkin rzki baby smpi situ je. Mgkin ank2 yg lain nnti ilmu u dah ckp blh perbaiki. Happy mommy happy baby happy family.. Trust that

Sy pun sma sis terpaksa pam dan bagi melalui botol sbb baby tak pandai hisap..boleh sy tau sis pam berapa ml setiap 2@3jam tu? Sy sangat berharap utk menyusu badan..ttp makin hari makin kurang air susu sy😔

5y ago

Masa start 3 bulan - 9 bulan, hasil dapat 5-6.5 oz per sesi (campur dua-dua). Sejak naik 10 bulan makin kurang walaupun jaga pam. Start anak 10 bulan nipple crack teruk sebulan, lepas tu saya kurangkan waktu pam sebab dah tak tertanggung sakit. Ni dah setahun lebih, susu makin kurang sebab kurang pam. Terpaksa bagi susu tepung.

Jgn terlalu stress sis...

VIP Member

Nnt boleh try nipple shield sis

5y ago

Saya dah cuba, bocor saja.