Patah Semangat Menyusu Badan
Hai, sekadar nak meluah apa yang saya alami dan sekiranya ada penyelesaian, boleh utarakan di ruangan komen. Saya seorang surirumah, tapi anak tak pandai hisap secara terus dari dada sejak lahir. Saya dah jumpa ranai orang minta bantuan tapi terpaksa juga pam dan beri melalui botol. Sekarang anak hampir setahun. 6 bulan pertama, susu badan saya sangat meriah dan ikutkan boleh sangat buat stok tapi waktu tu saya tak ada ilmu simpan susu. Hanya pam dan terus bagi, pam setiap 2-3 jam. Sejak anak makan, susu makin hari makin kurang. Saya takde makan mana-mana milkbooster yang dijual di pasaran sebab saya yakin setiap ibu berlainan milkbooster. Setiap kali nak datang bulan, susu akan berkurang sangat puting rasa kering walaupun dah sapu krim jenama Palmer's Cocoa Butter tu. Anak masuk 11 bulan, saya mula perasan susu makin kurang. Kebetulan dah nak datang bulan, puting saya sebulan lebih luka sebelum tu. Lambat baik dan sebab obses nak susukan anak sehingga umur dia 2 tahun, saya paksa pam. Mesti akan menangis nak pam, marmet mesti melecet. Sejak tu saya dah tak pam, susu memang kurang walaupun saya pam 3-4 jam. Mak suruh rehat pam 2 hari sebab luka teruk dan dada terlalu sensitif. Terkena baju pun nak menangis, inikan pula nak pam. Terpaksa juga bagi susu formula dekat anak. Kalau ibu tertekan, susu mesti tak kan keluar kan? Sebab tu suami pujuk juga bagi formula, dari ibunya tertekan, susu tak ada. Saya pernah pandang serong ibu yang bagi susu formula pada anak. Tapi bila tengok kakak ipar sendiri tak dapat bagi susu badan pada anak, saya cuma sekadar sinpati. Saya masuk dalam banyak kumpulan sokongan ibu menyusu, tapi akibat baca dari situ, saya makin obses dan pandang serong ibu bagi formula pada anak. Ye, ini akibat yang perlu saya telan. Bila terjadi pada saya, saya pandang semula orang sekeliling yang beri anak susu formula. Bukan kehendak mereka, bukan tak cukup ilmu, tapi tak ada rezeki nak susukan badan. Kalau paksa, ibu akan tertekan. Bila tertekan, lagi lah susah susu nak keluar. Saya dah alami, orang nasihat kena positif, fikir yang baik-baik, tapi ada masa saya mengalah. Saya redha. Bukan rezeki anak susu badan 2 tahun. Saya tak jumpa dah milkbooster saya (rasa gembira, makan makanan kegemaran) sebab semua tu dah biasa pada saya. Masih lagi mencuba pam, harap-harap masih ada lagi susu badan walaupun terpaksa campur.