Tolong Beri Pendapat

Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya sudah menyusu badan anak hampir setahun (saya seorang EPMOM, anak sekarang 11 bulan 12 hari). Sejak kebelakangan ni stok EBM susah nak ada, malah kerap sangat luka di bahagian puting. Baru baik dari luka selepas sebulan kerap berdarah, dah luka lagi. Baru bercita-cita nak susukan anak selama 2 tahun, tapi demand anak tak menentu sejak dia baik dari demam campak dan selsema batuk on/off. Dia makan pun kejap nak kejap tak sebab dalam fasa tumbuh gigi. Suami kesian tengok sebab selalu sangat mengadu puting luka berdarah. Dia beli dah FM jenama Fernleaf. Tapi beli untuk umur setahun sebab lagi berapa minggu nak cukup setahun umur dia dan kononnya nak guna masa dia setahun. Dulu pernah cuba Dutch Baby sebab time tu susu saya turun teruk sangat, stok EBM memang tak ada dah. Anak tolak susu tu dan saya hanya teruskan susu badan. Marmet pun dah, tapi sampai melecet sebab saya masih tak reti lagi. Ya Allah sedih sangat, dilema. Bila mengadu pada yang lebih tahu, dia kata cuba selagi boleh. Takkan nak tunggu puting putus kot. Kita dah nyatakan masalah tapi jawapan dia tak membantu langsung. Bantu saya. Patut tak saya berikan anak FM? Saya tak nak terlalu tertekan sebab nanti mesti susu akan kurang. #ibudilema #tertekan

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Wslm... Tak salah pun bagi FM... kita dah usaha yang terbaik... Lagi pun luka kan... Sy pun pernah hadap perkara macam ni... Luka terus kedua belah seolah nak putus dah sebab anak DF kuat sgt.. Bagi botol tak nak... Tapi terpaksa bg juga...

5y ago

Betul tu.. Bagi dia makan banyak sikit.. So, kurg sikit susu...

Tak salah bg anak fm, utk kebaikan awak & anak.awak bukan ibu yg gagal pun klu x dpt susukan anak smpi 2 tahun, itu kan rezeki, klu xda rezeki nk buat mcm mn.jgn dgr kata² orng yg obses breastfeeding ni, susu fm tu dorg ckp haram...😪

5y ago

Itu lah. Saya sendiri hampir obses dengan bf disebabkan kumpulan tu, tapi akhirnya benda lain jadi. Suami selalu cakap tak payah ikut sangat, bukannya semua sama.