Tak bole telan ubat

Hai saya nak tnya boleh ke klau saya tak mkn ap² ubat time pregnant ni 🥲.. sy dh mkn mcm² ubat, ubat klinik y folic acid vitamin d ap semua tu lh tp bila mkn muntah balik .. lps tu mkn obimin pluz same jugak lps mkn dlm sejam cm tu muntah .. lps tu mkn ganilia tu sama jugak tk bole .. muntah jugak 😭 skrg sy dh 10 weeks .. sy dh cuba mkn ubat dngn air soya lh air manis² lh sama jugak tk bole .. mkn je muntah .. ad ke y macam saya jugak ?

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya masa pregnant no 3, jd sama mcm sis..lgsg x blh mkn apa2 ubat..setiap kali p KK doc akan tukar ubat utk saya cuba..tp dari awal pregnant smpai la b'salin saya ttp x blh telan apa2 ubat..even folic asid yg kecik tu pn lgsg x blh..doc supply ubat tahan muntah pn ttp saya x blh nak telan..masuk jap terus keluar blk..tp kalo saya ni, bkn setakat ubat, makan pn semua keluar blk..tp saya ttp paksa diri utk makan..cuma ubat ja yg x blh nak paksa2 sbb muntah akan jd makin teruk..hari2 risau smpaila b'salin..tp alhamdulillah, baby lahir sht walafiat cukup sifat..now baby dah 9 bln..saya tgh pregnant no 4 plak ni..amazingly, 1st time xda alahan plak pregnancy kali ni..mcm2 ragam plak setiap kali pregnant 😅..

Baca lagi

Pada pandangan saya, kalau puan tak mampu nak telan ubat. Pastikan makanan yang puan makan cukup berkhasiat untuk membantu perkembangan janin. Carilah folic asid dari sumber buah2 dan sayuran ya puan. Kalau alahan puan sgt teruk, saya sarankan ke klinik. Nanti boleh dptkan ubat tahan muntah. Jaga diri dan banyakkan beristirehat ya😊

Baca lagi