First Time Pregnant

Hai, saya first time pregnant. Check UPT positive, kalau ikut kiraan sekarang ni 4 weeks. Pagi ni pergi KK diorang terus set appointment je untuk W10. Memang tak perlu buat apa-apa confirmation / test ya di KK? And bila tanya kena buat apa-apa tak sebelum appointment, nurse cakap takde pape. Takde pun pesan kena makan folic acid ke vitamin ke. Memang macam ni ke ya? Saya blur sbb taktahu apa-apa langsung ni 😅 Mohon advice.

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

4w ni kalau kk scan takut xnmpk pape. takut awak sendiri pon panik nnti. selalu nya utk confirmation ni kk akan minta scan dr klinik luar. utk scan klinik luar pula boleh pergi masa usia kandungan awak 6@7w. time ni boleh nampak kantung dlm rahim. nak nampak baby dgn heartbeat klip2 boleh scan masa usia kandungan awak 8@9w dan ke atas. utk vitamin pula selagi awak xbuka buku pink mmg kk xkn bg. dh buka buku baru awak akan dpt vitamin yg dh include asid folid. apa yg awak boleh buat skrg ni kalau mmg awak tengah consume asid folid then terus kan mkn sampai awak buka buku pink. kalau belom pernah makan, minta husband beli dkt farmasi. then nnt awak start consume. selagi xde spotting/bleeding inn shaa allah kandungan awak baik2 sahaja. kk or klinik swasta mmg xkn buka buku pink awal dkt kita. sbb mcm2 kemungkinan boleh berlaku. doctor mmg akan suggest bila usia kandungan kita yg dh boleh nmpk baby dn heartbeat klip2 utk buka buku

Baca lagi
1y ago

Kalau pegi swasta kadang dia saje tambah2 suruh buat semua ujian scan, cek air kencing dan cek darah. Biasa la bisnes dia nak suruh awk bayar lebih.. tp kalau awk bijak cukup dgn 1 ujian je dah boleh membuktikan awk pregnant. Tolak je ujian yg lain2 kalau klinik kata nak buat. Melainkan ujian scan tak nampak baby ke baru la buat ujian lain untuk kepastian

KK mintak you datang week10 sebab nak make sure time tu dah ada janin and dah ada heartbeat, baru diorang akan proceed bukak buku pink. For now, you boleh beli & consume folic acid dekat pharmacy. The reason why KK tak bukak buku pink lagi, sebab pregnancy below 10weeks ada possibility untuk jadi atau tak. Kalau nak confirmkan pregnancy, you can go to private clinic do upt and scan. But below 6weeks usually tak nampak kantung lgi. So jgn nervous kalau dr ckp tak nampak apa2 lagi. Apa pun, enjoy your pregnancy ya dear ☺️

Baca lagi
TapFluencer

utk 1st time mom, digalakkan buat mcmni. 1- once dh dpt +ve line, boleh scan dkt klinik swasta terlebih dahulu bila kndungan cecah 6w. kalau pergi scan awl risau tak nampak apa2 dan ibu jd panik. lepastu blh buat repeat scan pada 8-9w utk tgk dh ada janin dan heartbeat atau tidak. 2- awk blh beli folic acid dkt farmasi dulu, sepapan dlm rm1.00++, beli smpai kndungan 10w. kk punya prosedur akn mula check ibu pada 10w keatas sekiranya ibu xde masalah kndungan.

Baca lagi
1y ago

Ohh okay2, terima kasih puan :)

U blh pg scan kt klinik swasta sis, but better pg scan on 8 week, below dari tu takut xnampak apa2 kecuali kantung. Mcm i mula2 excited g scan on 6 week, memang xnampak janin just kantong kosong je. Dr suggest utk scan kali kedua on 8 week alhamdullilah br nampak janin and degupan jantung. Smlm pg kk utk appoitment bukak buku pink. Nurse mintak bawak gambar scan sekali next week. Acid folic boleh beli kt pharmacy mkn je tiap2 hari.

Baca lagi
TapFluencer

Saya tau je pregnant masatu 4w saya santai2 dlu. Trus amik initiative pg pharmacy beli obimin and start makan . Pastu 6w pregnancy pg scan swasta dlu dah nmpak kantung and yolksac baru call kk kata nak buka buku pink. Diorng terus bagi appointment nxtweek tu buka sbab saya ade sejarah gugur. Lepas buka buku pink nurse kata elok sngat amik initiative sendiri amik obimin dari awal.

Baca lagi
1y ago

Tumpang tanya, obimin ni untuk apa ya?

TapFluencer

Tahniah.. Disebabkan KK terima pesakit yg ramai, nurse jalankan tugas sekadar ambil tarikh temu janji. Nurse tak boleh beri nasihat perubatan. Lagipun puan belum buat apa2 pemeriksaan, jadi lg lah nurse tak boleh memandai beri nasihat sbb itu polisi mereka. Untuk pengesahan awal kehamilan dan nasihat konsultasi dgn doktor, buat di swasta.

Baca lagi

Mcm saya sblm buka buku , g scan lua , klinik luar bg pil mcm folic asid, saya makan pil tu sesuai untk saya bjumpa appt utk buka buku. Kira ny nanti dh buka buku nurse terus bg pil tu. Tp kalau awk tknk scan lua beli je sendiri kat klinik asid folic tu

Ye memang blm ada apa2 yg kk boleh buat sbb belum buka buku pink. Folic acid tu awk kena beli sendiri dekat farmasi kalau awk rasa nak tnggu 10w d kk tu lambat lagi. nt bila dah dpt semua vitamin dri kk tu bru stop makan folic acid yg awk beli tu..

Hi tahniah mom❤️ cuma pergi ke klinik swasta untuk periksaan scan 6-10w dulu. kalau ada bleeding or spot , pasti ke klinik. sampai baru boleh pergi buka pink KK. kerap makan folic acid krn awk sudah ada pregnant.

Sbb kandungan awl lagi. Kalau dh 3 bln baru nurse akn bagi acid folic. Klau nak mkn jgak try acid folic iberet 500mg. HB cantik jerr bila mkn iberet tu.