PENGUMUMAN AMARAN

Hai, para ibu ayah yang dihormati sekalian! Kami team theAsianparent mengucapkan jutaan terima kasih kerana penglibatan serta komunikasi aktif anda di dalam aplikasi ini. Kebanyakan ibu ayah menggunakan semua ciri-ciri yang disediakan dengan berhemah dan bijaksana. Namun, sejak akhir-akhir ini, kami telah menerima banyak laporan menyatakan segelintir ibu ayah bersikap di luar jangkaan dan kurang sensitif. Lupakah ibu ayah bahawa aplikasi theAsianparent ialah platform paling selamat dan tidak sesekali bersifat menghukum? Kami sangat terkejut dan kecewa dengan kejadian ini kerana anda selalu menganggap ini adalah ruang paling selamat dan jauh sekali digunakan untuk menghasut, menabur cacian, menghukum, bersangka buruk malah menyebarkan aura negatif dalam kalangan ibu dan ayah sekalian. Ibu ayah, tolonglah bersikap sensitif terhadap komuniti lain dengan memilih NSFW (Not Safe For Work) sebelum memuat naik post atau gambar yang mengandungi unsur tidak menyenangkan. Ingat, aplikasi ini juga dimanfaatkan para ayah yang sangat memerlukan ilmu keibubapaan, jadi pelihara aib kaum ibu dan hormati keperluan para ayah, ya? Walaubagaimanapun, kami team theAsianparent tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan tidak wajar dan menyebabkan ketidakselesaan kepada komuniti lain. Kami mendengar aduan anda dan akan bertindak memberi AMARAN kepada sesiapa sahaja yang melakukan perkara yang bagi kami tidak wajar dan mengganggu gugat ketenteraman dan keselamatan pengguna yang lain. Anda boleh mula LAPOR PENGGUNA ATAU REPORT USER yang anda rasa menyebabkan anda rasa tidak selamat dan bersifat mengganggu. Ingat ibu ayah, butang LAPOR atau REPORT ada peranannya. Kami tidak akan membiarkan anda tergugat dalam aplikasi kami. Kami memohon maaf jika kami tidak melakukan sebaiknya untuk melindungi anda. Kami berharap anda terus mempercayai kami dalam menjaga ruang selamat ini. Terima kasih kepada komuniti ibu ayah yang sentiasa memerlukan kami dalam membantu menjalani kehidupan keibubapaan anda. Teruskan aktif dan berkembanglah bersama kami! Salam sayang, Team theAsianparent

104 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Soalan yg selalu naik 1. Boleh ke bersama dengan suami blaa.... blaaa...... blaaaa....... 2. Saya dah _ _ weeks (padahal kandungan bawah 4bulan) tapi kenapa babybum tak nampak? 3. Usia kandungan keberapa boleh nampak heartbeat baby? 4. Dokter bg saya ubat blaa... Blaaa... Blaa... Boleh ke saya makan? (seolah² lebih percayakan org yg tak berilmu daripada dokter yg berilmu & bertauliah) Bukan tak nak jawab cuma rimas dengan soalan yg sama 😅 dorang memang suka tnye soalan tanpa baca isu² yg sebelumnya 😅😅

Baca lagi
5y ago

Matlamat tak menghalalkan cara , mungkin ibu tersebut betul2 tak tau dan nak tau tapi cara tu mmg salah . patut rajin2 la google atau search dulu soalan yg nk tanya tu sbb dah bnyak ibu2 lain tanya sebelum ni.

Ada juga mummy2 acah2 baik itu ini geli, tak sopan la, tak sensitive la, tp kalau mengkomen Post org aduiii x tau LA nk kata apa admin batu api pun ada.. Tak suka Post org lain kasih limpas la scroll laju2 Jgn LA smpai kata nk muntah la nak itu ini cm melampau pula.. Ni App kan tuk parents n ada bnyk New mother baru belajar nk tau pasal baby dorg.. Maybe Ada parents tak tau nk sembunyi pic2 yg x sesuai trus ja Post sbb nk cri jawapan dgn parents yg Ada pengalaman..

Baca lagi
5y ago

Pakai fungsi NSFW sebelum upload gambar. Setel masalah 😬

Tq admin. Hope lps ni kuranglah pic lendir berdarah,keputihan ke apa. Just describe dlm perkataan cukup, org yg dh alami mesti akn fhm. Then one more thing, pic baby bump., please la tlg ade sifat segan dlm diri. Kalau semua ladies xpe, tp lelaki pun ada jgk. Xtau ke kt luar sana tu betapa ramainya jantan yg fetish dgn pempuan mengandung?

Baca lagi
5y ago

Btul2..kite ni yg pompan ade gak segan tgk perot org ngandung.. Kdg nmpk bju ketat.. Ade yg tayang perut selak baju.. Sakit mata plak.. Hahaha

Saya ada pendapat admin. Mengenai gambar2 yang menyentuh sensitiviti pengguna lain atau apa2 yang tidak menyenangkan, apakata kalau apps ni di improve untuk blurkan gambar.. cth macam fb. Kalau orang nak tengok dia buka sendiri. Kalah tak buka, gambar akan blur.. sbb isu ni tak akan habis bagi saya.. tetap akan ada yg buat juga nnt even report sekalipun. Just my 2 cents opinion 😚😘

Baca lagi
5y ago

Betul. Tp tu pada pandangan kita sahaja. Bg mereka yang xfaham, mereka akan tetap begitu juga.

Bukan stakat post lendir berdarah ke ap. Post tahi ank pn xpyhlah share. Dh lah share amik gmbar baik punye zoom buatnye org tgh mkn smbil2 belek apps ni x ke muntoh ijau... adoiii 🤦‍♂️ tau lah cni blh btnye dan share mcm2 tp xsemua bnde blh share kne jage sensitiviti org jgk 😔

5y ago

Sokong

VIP Member

Well done admin. Inilah admin yg kita cari. Kan dah cakap, if rasa inappropriate tu REPORT je. Takpelah penat tekan report tu sikit, daripada penat mata memandang terus menyentap hati nurani, terganggu selera dan tergugat jiwa raga. Jangan pulak ajak orang lain bersikap negatif macam awak.

5y ago

Xlrat nk report dah. Hilang satu timbul lg satu. Makin membiak2 pulak.

VIP Member

dan... jgn rasa jemu nak jwb soalan yg sama, saling membantu ye. mcm tu la doc sabar melayan soalan sama smua org tnya, even simple2 pun.. and rajin2 jgk godek2 post lama dlm ni sblm bertanya :)

5y ago

Setuju.

satu je xok bila momies2 upload gmbr yg bby bumps nie..Sbnrnya tu aurat kte xelok sb dlm nie bkn smua perempuan tpi ade bapa2 yg join jgaa..So kne hati2 upload..Hnya skdr pesanan...

5y ago

Hahhh kami dh nasihat tpi xnk Dgr..Kcian si suami sb isteri dedahkn aurat yg perut..

betull tu . geli laa mereka ni . org baru nk mkn smbil lyn bahan bacaan dlm ni . pop kuar bnde jijik . ada yg asek tanya seks² sume sy report je . jaddah laaaaaaaa hei

VIP Member

Jaga jaga korang nak post apa apa pun..kat sini ada admin tauu...sila hormat sesama kita. jadilah pengguna yang berhemah.