SILA AMBIL PERHATIAN, IBU AYAH

Kami mendapati sejak akhir-akhir ini timbul kembali isu segelintir ibu ayah yang bersikap menghukum dan tidak sensitif terhadap pengguna lain. Ambil perhatian! Aplikasi theAsianparent ialah platform selamat dan komuniti kami dianjurkan tidak sesekali bersifat menghukum. Kami kecewa kejadian sebegini semakin kerap berulang walaupun sudah beberapa kali teguran dibuat. Ibu ayah, tolonglah bertimbang rasa terhadap komuniti lain. Ingat, kita sama-sama memanfaatkan platform ini untuk saranan, tips, dan perkongsian kehidupan. Setiap di antara kita sudah pastinya melalui jalan kehidupan yang berbeza. Cubalah bersikap terbuka dan jika perlu, tegur dengan berhemah kerana wanita dan ibu, insan yang sangat mudah terkesan. Kami akan terus memantau ruangan komuniti theAsianparent demi menjaga kesejahteraan bersama. Laporkan sebarang bentuk provokasi dan tindakan tidak wajar kepada kami. Kami memohon maaf jika kami tidak melakukan sebaiknya untuk melindungi anda. Terima kasih kepada komuniti ibu ayah yang sentiasa bersikap positif dan bertimbang rasa. Teruskan aktif dan bersama kita sebarkan 'positive mommy vibes' dalam menjalani kehidupan keibubapaan yang sarat ujian. Yang prihatin, Team theAsianparent

44 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Betul tu. Sgelintir ibubapa yg jwb dlm komen kbykan mnjawab dgn kurang ajar.. apbla ada yg komen kt post sy dgn kurang baik.. tpksa sy delete post sy tu.. urmmm... klu xmok jwb atau xtau jwb better jgb komen.. sthu sy kta prmpn dlm nie kbykan trdiri drpd ibu2 mgandung.. jga lh prsan 1 sma lain..

5y ago

Kn sis.. komen xbrp.. kta pn jd kck ati plak..

VIP Member

Terima kasih admin kerana memahami ibu2 disini..betul admin maklumkan tu sbb tak semua ibu2 disini dah ade pengalaman sprti mana2 ibu2 yg lain dh ade pengalaman..ape2 pun sy suka platform ni dan byk ilmu👍😊

Betul tu.. Baru2 ni ada post berbaur sindiran.. Wlupn cuma sekadar teguran..tp lbih kpd negative..ye la pandangan individu masing2 mmg tak sama..teguran tu jadi kpd membawang pulak..

Itula. First experiance ni lain sikit. Bimbangnye pun lain macam. Klu bole semua benda nak tanya. Tp im try to accept & addapt, yela lain org lain pengalaman die.. ♥️

Betul...kita tnya soalan,depa duk judge terus...walhal kita bru first pregnant....tmbh2 ibu2 yg dh ada dua tiga anak ne..bkn nk share ilmu diorg..tp suka judge...bagus tabiat cmtu...

5y ago

Btul tu..kita bru first pregnant..byk benda yg taktahu...😂

VIP Member

BETUL👍👍 kalau xsuka pertanyaaan seseorg jgn komen atau menyindir kalau tak suka sgt ignore je tolong jaga perasaan ibu2 diluar sana

Tq admin. Iya, sy setuju. Platform ni utk kt sama2 brkongsi, bkn saling m'keji. Lain org lain pengalamn. Xsuka, ckup la mbantu dgn x brckp ssuatu yg menyakitkn.

Jawab je tanpa rasa jemu...xsemua tahu pasal ilmu hamil dan ilmu keibubapaan... #thinkpositif

VIP Member

Spread the love, not hate uols ❤️ #safespace

👍👍👍👍🥰🥰🥰