Alahan teruk tak boleh makan berat
Hai mommies.. saya ada alahan yang sgt teruk.. nasi memang tak boleh masuk.. sekarang hanya mampu mkn oat dgn milo dan mkn roti.. sy nak tanya.. ada apa² masalah tak dekat bby nnt? Sejujurnya berat sy da turun 5kg drpd mula² tau pregnant.. buntu da try and error mcm² mknan still tak jumpa yg sesuai.. tekak pun rasa tak sedap je.. sy da 11w2d

Awakk. Awak makan je apa yang boleh makan. Saya dari awal pregnancy sampai sekarang dah 30w saya still mabuk & muntah teruk. Mulut & lidah rasa besi 24jam. Doc kata saya Hyperemesis. Awak cakap je nak muntah apa. Muntah angin? Muntah makanan? Muntah isi perut? Muntah asid? Muntah kuning? Muntah hijau? Muntah air? Semua ada. Setiap 20-30 minit memang saya akan mengadap tong sampah. Memang keluar masuk hospital, drip air, then every appt drip iron sebab anemia. Tiap tiap bulan appt dengan KK, tangan kiri iron, tangan kanan saline. Memang makan untuk muntah sahaja. Berat saya pun tinggal 37kilo je masa 1st trimester. Naik 2nd trimester berat tak naik. Hujung 2nd trimester berat saya naik 0.5kilo je sebulan. Sekarang dah 30w berat saya baru dapat catchup 39kilo. Tapi Alhamdullilah baby growth dengan sempurna. Berat baby pun sekarang nak dekat 2kilo. Doc dengan misi kata memang berat saya turun tapi berat baby yang naik. Nak taknak awak kena paksa makan. Lepas tu nak muntah, muntah lah. Asalkan baby dapat serap sikit dari awak. Saya cuma boleh makan roti cream, biskut. Tapi misi dengan doc tak marah. Makan je. Tapi 1 hari tu mesti ada atleast 1 kali in take of makanan berat.
Baca lagi

