Alahan teruk tak boleh makan berat

Hai mommies.. saya ada alahan yang sgt teruk.. nasi memang tak boleh masuk.. sekarang hanya mampu mkn oat dgn milo dan mkn roti.. sy nak tanya.. ada apa² masalah tak dekat bby nnt? Sejujurnya berat sy da turun 5kg drpd mula² tau pregnant.. buntu da try and error mcm² mknan still tak jumpa yg sesuai.. tekak pun rasa tak sedap je.. sy da 11w2d

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Awakk. Awak makan je apa yang boleh makan. Saya dari awal pregnancy sampai sekarang dah 30w saya still mabuk & muntah teruk. Mulut & lidah rasa besi 24jam. Doc kata saya Hyperemesis. Awak cakap je nak muntah apa. Muntah angin? Muntah makanan? Muntah isi perut? Muntah asid? Muntah kuning? Muntah hijau? Muntah air? Semua ada. Setiap 20-30 minit memang saya akan mengadap tong sampah. Memang keluar masuk hospital, drip air, then every appt drip iron sebab anemia. Tiap tiap bulan appt dengan KK, tangan kiri iron, tangan kanan saline. Memang makan untuk muntah sahaja. Berat saya pun tinggal 37kilo je masa 1st trimester. Naik 2nd trimester berat tak naik. Hujung 2nd trimester berat saya naik 0.5kilo je sebulan. Sekarang dah 30w berat saya baru dapat catchup 39kilo. Tapi Alhamdullilah baby growth dengan sempurna. Berat baby pun sekarang nak dekat 2kilo. Doc dengan misi kata memang berat saya turun tapi berat baby yang naik. Nak taknak awak kena paksa makan. Lepas tu nak muntah, muntah lah. Asalkan baby dapat serap sikit dari awak. Saya cuma boleh makan roti cream, biskut. Tapi misi dengan doc tak marah. Makan je. Tapi 1 hari tu mesti ada atleast 1 kali in take of makanan berat.

Baca lagi

betul. makan je apa yang awak boleh makan. macam saya awal pregnant dulu memang tak lalu nak makan nasi.. kadang makan lauk jer, makan bihun goreng. ikut apa yang tekak boleh makan. asalkan kita makan sesuatu. awal dulu memang berat pon turun dekat 5kg jugak.

6mo ago

thank you awk.. sy mmg try mkn mcm².. tp mst kelua balik.. belum jumpa yg sesuai lg.. perut pun sampai sakit sbb byk muntah.. harap sgt alahan ni xlama..

Saya waktu first trimester pun macam awak, tak boleh nak makan. Nasi memang tak lalu. InshaAllah takde apa apa cuma makan je yg mana awak boleh makan esp buah-buahan sebab buah boleh kurangkan mual (untuk saya la). Things will get better ❤️

as long as awk blh mkn apa2...ok je. nk tgk bby ok or tak, pergi je scan. sy lngsg xblh mkn apa..turun almost 10kg..dh hjung2 alahan baru blh mkn sikit2..alhamdulillah masa scan, bby ok

6mo ago

sy mmg doktor da note dlm buku pink untuk repeat scan.. sbb ad lari sikit saiz bby dgn lmp

Utk trimester pertama seeloknya elakkan makanan berminyak/ bersantan atau pedas. Tu punca alahan menjadi teruk. Sebaiknya mkn makanan kukus atau rebus