Wajib ke bagi sendawa lps menyusu??
Fully bf, lps menyusu baby tido dan kalau tepuk pon susah nk sendawa, kadang ii x bagi sendawa lps menyusu dia tido dan muntahkan susu balik, first time mom, boleh tolong jwb?? #mohonbantujawabbunda #Needadvice #askmommies #firsttimemom #bantujawab

nurse kata dgn saya dulu ... selain sendawa .. if baby tu buang angin lepas menyusu, Salah satu cara nya juga ... tp kalau bby tido dan belum sendawa .. kena letakkan bby tido secara mengiring supaya baby X tersedak susu ... dan jgn lupa letak support bantal dkt belakang baby spya baby selesa ...
Tujuan sendawakan baby adalah untuk mengeluarkan angin yang masuk ke dalam perut semasa menyusu, yang boleh menyebabkan kembung, tidak selesa, & muntah/ jeluak. Ia juga membantu mencegah masalah seperti kolik. tapi kalau tepuk baby tak sendawa & nampak selesa je..ok je.
anak saya penah sekali tersedak susu sebab tak sendawakan sampai kena tahan wad. Mujur time tu sy ada dgn dia masa kejadian. Jadi sebaiknya sendawakan lepas menyusu tp kalau lepas 15min tak sendawa jugak, tidurkan mengiring. Nurse dekat nicu bagitau dekat saya.
Kazen saya by experience as her first time mom X bagi sendawa bagi tidur terus baby macam sesak nafas keluar buih buih susu alhamdulillah sempat ada makcik angkat terus tepuk belakang At least bagi tidur mengiring kalau x mampu sendawa kan
Bergantung pada baby. Kalau baby okay dan nampak selesa, tak perlu sendawakan. Anak saya ada masalah jeluak. So paed adviced untuk sendawakan baby selepas feeding.
sendawa kan dlm bpe minit klau muntah tu kadang2 baby terlebih susu ..ank sy pun mcm tuu slalu
bgi sy x pelu sndawa if baby dh sedap tdo.. baby YG direct bf.. yg isap botol pelu sendawa
tak wajib. kalau nampak baby selesa, tak perlu sendawakan.


