Baby mengamuk sebelum tidur

Hai ibu2 semua, saya sekadar nak meluahkan perasaan, baby saya baru masuk 3 bulan, saya yg jaga anak saya dari dalam pantang sampai sekarang, baby saya sebelum dia nak tidur dia memang akan mengamuk dulu, dia akan menangis macam kena pukul😆walaupun mommy dia tak pukul, jadi apa yg saya stress adalah mak mertua saya, asal baby saya nangis je dia paksa bagi susu, saya dah tak larat nak bagitahu anak saya tak lapar susu, dia nak tidur je, tapi mak mertua saya tak paham paham jugak, dia nak jugak bagi susu kat anak saya, sampai haritu anak saya muntah susu banyak sangat sampai basah satu badan😭😢 anak saya sampai letih lemah sebab muntah, saya stress sbb dia tak paham bahasa, yg kedua dia tak bgi saya bukak kipas kat baby, saya dah cakap baby panas, sbb anak saya kalau berpeluh badan dia akan naik ruam ruam kat badan, kulit sensitif, tapi dia tetap tak bagi bukak kipas katanya takut paru paru berair, saya dah suruh suami cakap dgn mak dia, tpi sama jugak, mak dia tetap tak paham bahasa, saya stress rasa mcm taknak balik kg kadang tu, sbb mak dia buat mcm saya tak paham anak saya, saya yg jaga anak saya, saya tahu ragam anak saya mcm mana. Saya tahu anak kak ipar saya mmg dia jaga macam tu, tak bukak kipas, nangis je bagi susu, asal budak tu nangis dia bagi susu, tpi anak saya lain. Ibu2 ada yg alami masalah mcm saya tak? Mcm mana nak fahamkan org tua ya? Saya mmg tak berani nak tinggal anak dgn dia, sbb dia asyik nak bagi susu.#firstbaby #firstmom

22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis join kelas tangisan baby dan bawa mak mertua sekali join.. anak bagi your husband jaga kejap atau kalau dapat cari pengasuh untuk sehari biar mak mertua dan husband dapat join sekali kelas tu. Online ok, kalau dapat join kelas face to face lagi ok. Baru tepat mak mertua you kena ajar depan muka dia sendiri. Kesian baby tau.. cara mak mertua you very cara 'orang lama'. My mom sometime macamtu juga but bila I explain dia mahu dengar dan terima then its ok.. but orang tua yg rasa cara dia betul dan tak mahu dengar ni susah sikit. Memang kena masuk kan dia kelas untuk diajar.. sekian

Baca lagi