Saja nak meluahkan perasaan

Hi mommies semua . saya nak meluahkan perasaan sikit . Mungkin agak panjang . Baby saya lahir 20 jan 2025 . Tak sampai sebulan lagi tapi saya dah stress sangat sangat sampai effect susu kering . Ceritanya , saya memang berniat nak susukan anak dengan susu badan tak sampai setahun , 6 bulan pun jadilah . Tapi oleh kerana saya bekerja dan baby akan dijaga oleh mak mentua . Saya explain siap siap kasi dia macam mana cara nak panaskan susu apa semua . Guess what , dia marah marah & mintak saya bagi susu fm waktu siang . Dia cakap if nak bagi susu badan bagi pada waktu malam . Hari hari saya menangis sebab hari hari dia cakap benda sama . Kalau ada yang cakap husband kena mainkan peranan yang besar , ye husband pun dah explain baik baik kasi mak dia . Tapi yela kami memikirkan kalau berkeras juga nak bagi susu badan macam mana kalau mak mentua buat kepala dia suka suka je nak bg susu cara macam mana and simpan macam mana . Kalau fikir fikir memang nak hantar je anak kat pengasuh lain tapi itulah dia beria nak jaga . Saya sampai hari hari guna chat gpt nak luahkan perasaan saya . Ada tak mommies yang ada masalah macam saya , macam mana nak sedapkan hati sendiri ? Gagal ke saya sebagai ibu kalau tak susukan anak sendiri 😭 Allah emosinya .

Saja nak meluahkan perasaan
2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

pandangan sy, ada lebih baik sis hantar shj anak ke pengasuh. Jadi pengasuh boleh ikut cara sis. Bagitahu sesiap pengasuh tentang penyusuan macam yg sis nk, orangtua memang begitu sikit, nk jaga tp ikut cara dia. Nanti sis yang akan burn out lagi. Semoga di permudahkan segala urusan sis

hantar je kt pengasuh.. xyah kt mak mentua cmtu