am i terlalu sensitive? or mmg patut aku terasa?

aku sampai sekarang tak suka bila anak menangis, MIL akan cakap “dia lapar tu” “mak dia tak bagi cukup susu” berkali kali pulak tu dok ulang. anak aku dah minum banyak ya susu, fyi, dia mengantuk, dari tadi tak tidur. aku nak bagi dia tidur, korang semua sibuk nak main dengan dia. bukan tu je, ni siap compared aku punya susu badan dengan menantu yg lain. siap cakap menantu sorang tu susu smpai penuh peti ais. kita sedar susu tak penuh peti ais. tapi ada jugak stock beberapa dalam peti. tak perlu kot cakap cemtu. kekadang rasa nak berpisah je dengan suami sebab tak suka mertua perangai cemni

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya faham bahawa anda merasa tertekan dan tertekan dengan situasi yang anda alami. Adalah normal untuk merasa sensitif dan terasa bila melibatkan anak anda. Anda perlu memberi perhatian kepada perasaan anda sendiri dan mengambil masa untuk bersantai. Apabila anak anda menangis, ia mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab, bukan hanya lapar. Ia mungkin mengantuk, tidak selesa, atau hanya perlukan kemesraan ibu. Penting untuk mengetahui keperluan anak anda dan memberikan sokongan dengan penuh kasih sayang. Adalah penting untuk berbincang secara terbuka dengan pasangan anda tentang perasaan anda terhadap situasi ini. Komunikasi yang baik antara suami isteri adalah kunci untuk menyelesaikan masalah dan meningkatkan kebahagiaan dalam keluarga. Jangan terlalu keras terhadap diri sendiri dan sentiasa mengambil berat tentang keperluan emosi anda. Berbicaralah dengan ahli kesihatan mental jika anda merasa terlalu tertekan. Ingat, kesihatan mental anda juga penting. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Sabar sis. Saya pernah kena bab mil suruh susukan every time baby nangis. Saya dah hilang sabar sbb banyak kali kena so saya pun follow jela kan bg susu sbb saya tau anak saya confirm akan muntah & yess anak saya muntah. Terus saya cakap kuat2 marah suami ha kan dah muntah tu la suruh susu lagi balik2 susu susu susu sampaikan muntah2 budak ni terseksa dia ingatkan belum kenyang tp muntah ni maknanya sbb dah kenyang sgt la ni. Terkujat mil aku first time dgr aku jerit. Dgn laki2 aku sekali terkedu. Next days mil takde suruh susu dah

Baca lagi