Tips prep makanan

Hai ibu2.. saya bru trimester pertama dan mcm biasalah mabuk mual loya pening mesti wajib kita melalui dia fasa ni kan... Saya plk,waktu siang mmg lembik,loya pening menyerang..tapi bila malam saya rasa segar,bertenaga..so sye fikir nk buat prep makanan mlm ni utk esok.. saya pernah buat benda ni tp yelah pembawakan ni buatkan sye rasa lauk semalam yg sye masak dan panaskan jadi tak sedap..so sye igt nk simpan nasi je la..tp peti ais saya ni peti ais lama..yg jenis ais bole menebal tu yg kena cuci atleast 2minggu sekali bila ice kt bhgn frozen tu menebal.. bila sye simpan nasi kt bhgn bwh(bkn frozen) esok paginya tu nasi saya mesti berair.. dia jadi loya nk panaskan sbb berair..bila dipanaskan nasi tu,air tu still ada kalau sye sengetkan periuk.. So sye nk tnye mcm mne eh nk simpan nasi dlm peti ais?? 😅

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Biasanya, untuk menyimpan nasi dalam peti sejuk, anda perlu pastikan nasi dibungkus dengan betul untuk mengelakkan kelembapan. Anda boleh menggunakan bekas kedap udara atau plastik pembungkus makanan yang kukuh. Pastikan untuk membiarkan nasi sejuk sepenuhnya sebelum menyimpannya dalam peti sejuk. Sebelum menyimpan nasi, pastikan juga bekas penyimpanan dan peti sejuk dalam keadaan bersih. Bersihkan peti sejuk anda sekurang-kurangnya dua minggu sekali, terutamanya bahagian di mana ais mungkin menebal. Selain itu, pastikan nasi tidak disimpan di bahagian peti sejuk yang terlalu sejuk, seperti bahagian belakang atau di sebelah bahagian pembeku. Suhu yang terlalu rendah boleh menyebabkan nasi menjadi keras atau berair apabila dipanaskan semula. Jika nasi masih menjadi berair walaupun disimpan di bahagian peti sejuk yang sesuai, cuba kurangkan sedikit kuantiti air ketika memasak nasi. Nasi yang kurang berair lebih baik untuk disimpan dalam peti sejuk. Semoga tips ini membantu anda menyimpan nasi dengan baik dalam peti sejuk! Jika ada pertanyaan lain, jangan ragu untuk bertanya. 😊 https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

Sepatutnya takkan berair bila simpan dalam bahagian chiller. Awak sejukkan dulu nasi sebelum simpan kan? Setakat ni saya simpan nasi masak yang dah sejuk, tak pernah lagi berair. Bila saya panaskan balik dalam rice cooker, saya tambah air sikit sebab tekstur dah jadi kering. Ataupun awak masak lauk banyak pastu bekukan by portion. Setakat ni saya buat rasanya maintain lagi bila panaskan semula.

Baca lagi

sis, nasi xperlu simpan dlm peti 😅. panaskan je and biar je semalaman suhu bilik. sye selalu buat mcm tu, ptg2 panaskan nasi yg dh masak tgahari tu tahan smpai esok pgi elok je xdek basi.

Baca lagi
4w ago

x boleh sis...prnh biar suhu bilik,lap wap kt tutup periuk tu ,esoknya basi jgk