Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaza, Pakar Pemakanan

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Pemakanan Semasa Tempoh Ramadan kepada salah seorang Ahli Pakar kami. Soalan boleh merangkumi makanan yang harus diambil, dielakkan dan lain-lain semasa berpuasa. Berguna untuk ibu hamil yang ingin berpuasa pada bulan Ramadan. Puan Syaza merupakan Pakar Pemakanan bertauliah dalam kajian pemakanan dan nutrisi yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Rabu 22 April 2020, pada jam 4 sehingga 5 petang. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan pemakanan semasa tempoh Ramadan. Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaza, Pakar Pemakanan
73 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam Puan Syaza. Boleh x share apa pemakanan yg patut sy ambil ketika bulan ramadhan ni dlm keadaan sy sedang breastfeeding bayi yg berusia 6 bulan? Kalau boleh, menu yg berkhasiat & tak dropkan susu badan sy, tapii nak yg sangattt2 simple, cepat & sangattt pantas utk disediakan. Memandangkan sy ada 3 org power rangers yg langsung x kenal erti penat 🤕

Baca lagi
6y ago

Terima kasih puan 🥰🥰🥰