Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaza, Pakar Pemakanan

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Pemakanan Semasa Tempoh Ramadan kepada salah seorang Ahli Pakar kami. Soalan boleh merangkumi makanan yang harus diambil, dielakkan dan lain-lain semasa berpuasa. Berguna untuk ibu hamil yang ingin berpuasa pada bulan Ramadan. Puan Syaza merupakan Pakar Pemakanan bertauliah dalam kajian pemakanan dan nutrisi yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Rabu 22 April 2020, pada jam 4 sehingga 5 petang. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan pemakanan semasa tempoh Ramadan. Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaza, Pakar Pemakanan
73 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum puan...sy dh 33weeks, 13 thn kahwin...dan ini ank pertama kami...now tgah mengalami buasir n kdg2 berdarah...sy nk bertnya pendapat boleh kah sy berpuasa sepanjang ramadhan ni? Baru2 ni cuba juga utk berpuasa tetapi tahan smpai tgahari shj sbb bila mmbuang buasir sy berdarah dan sy buka puasa untuk pastikan sy dpt minum air secukupnya...Tq ๐Ÿ˜

Baca lagi
4y ago

Tapi jika masih beterusan masalah ini, sebaiknya puan rujuk OBGYN puan semula ya

Boleh saya tahu, saya masih di trimester pertama. Saya ada baca satu article di mana pada trimester pertama.. ibu hamil tidak digalakkan berpuasa.. apakah kenyataan itu benar? Dan bolehkah terangkan dengan lebih lanjut menu pemakanan apakah yang sesuai sekiranya ibu ingin berpuasa?

4y ago

Hi puan Ya betul, jika puan masih dlm trimester pertama, tidak digalakkan berpuasa lebih lebih lagi jika alami alahan

Assalamualaikum Dr, sy ingin bertanya bolehkah sekiranya kandungan sudah 34 minggu, adakah dibolehkn utk berpuasa? Sy kerap pening kepala & mual jika lambat makan. Dalam sehari 5 kali sy akan makan tetapi dlm kuantiti yg sedikit. Minta pencerahan supaya sy dpt buat keputusan sblm bermula puasa ini. Terima kasih Dr ๐Ÿ™๐Ÿป

Baca lagi

Assalamualaikum Puan,saya Nurul...Skrang kndungan saya 27w....Saya bila bersahur mmg tak boleh makan nasi sebab esok nye akan muntah.Zaman bujang saya biasa makan kurma dalam 5biji minum air suam sahaja masa bersahur...Saya nak bertanyakan apakah makanan yg sesuai untuk bersahur bagi ibu hamil kekal bertenaga ๐Ÿ˜Š

Baca lagi
4y ago

Waalaikumussalam Puan Nurul Jika puan tidak boleh ambil hidangan berat sewaktu sahur, sebaiknya puan tambah segelas susu (250ml) kurma dan juga sedikit oat sebaiknya untuk melengkapkan hidangan.Jika masih muntah, sebaiknya puan buka puasa. Tapi apa apa pun puan boleh rujuk semula Obgyn yg memeriksa puan ๐Ÿ˜Š

Assalammuaikum. Saya baru mengandung 6minggu 2 hri skrg.. boleh sy berpuasa seperti biasa dan makan makanan yang sama seperti org lain? Saya mengandung anak pertama dan belum pergi jumpa doktor lg.. sbb PKP dan kndungan masih awal kn.. boleh mtk pendapat.. trm ksh๐Ÿ˜Š

assalamualaikum doktor , saya sedang hamil anak pertama sudah 10 minggu , 2 kali scan dekat hospital doktor kata saya pregnant kembar , lepastu pergi hospital lain scan kata 1 je , bukan kembar .. saya masih tak faham sebenarnya saya hamil kembar ke normal 1 .. boleh minta penjelasan doktor ?

Salam puan, sy baru 5 minggu. Boleh kah sy berpuasa? kalau boleh , boleh kah sy hanya makan roti sepanjang siang hari tu sehingga berbuka. Sbb sy berkerja puan. susah jgk nk bekal nasi ni. hehe. Harap puan boleh cadangkan apa y terbaik untuk pemakan sy jika sy tidak boleh berpuasa . Terima kaseh puan.

Baca lagi

Assalamualaikum puan...Saya baru hamil 8 minggu,dan gemar makan buah - buhanan masam spt pelam muda.Saya juga kerap rasa sakit perut stiap hari.saya tak pasti sakit perut itu sbb makan buah pelam atau apa..apakah makanan yg terbaik utk saya makan,utk mengelakkan sy dari rasa sakit perut ketika hamil?

Baca lagi

Assalamualaikum doktor. Saya ni seorg ibu yg breastfeeding. saya nak tanya, apakah makanan yg perlu saya ambil semasa bulan ramadan untuk memperbanyakkan air susu badan saya? sebab saya pernah ganti puasa, dalm satu haritu air susu saya berkurang kerana anak saya baru 4bulan minum tak puas.

Assalammualaikum Dr. Saya tgh pregnant 23 minggu dan ini adalah first pregnancy sy. Ini adalah kali pertama sy bakal berpuasa semasa hamil. Dr ada suggestion makanan yg sesuai untuk sy ambil semasa sahur bagi mendapatkan nutrien yg cukup utk sy dan baby spnjg bulan puasa nanti. Tq ๐Ÿ˜Š