Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaza, Pakar Pemakanan

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Pemakanan Semasa Tempoh Ramadan kepada salah seorang Ahli Pakar kami. Soalan boleh merangkumi makanan yang harus diambil, dielakkan dan lain-lain semasa berpuasa. Berguna untuk ibu hamil yang ingin berpuasa pada bulan Ramadan. Puan Syaza merupakan Pakar Pemakanan bertauliah dalam kajian pemakanan dan nutrisi yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Rabu 22 April 2020, pada jam 4 sehingga 5 petang. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan pemakanan semasa tempoh Ramadan. Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaza, Pakar Pemakanan
73 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Pn syaza, Saya masih lagi perlu makan ubat Duphaston sehari 3x selama 2 minggu sebab kerap bleeding. Jadi perlu atau tidak utk terus berpuasa ? Jika perlu berpuasa apa menu yg sesuai ketika sahur utk ibu yg ada gdm on diet. Thank you 😊

Baca lagi
6y ago

Waalaikumussalam puan Jika puan masih di dalam trimester pertama tidak digalakkan untuk berpuasa. Untuk ubatan hormon seperti duphaston puan perlu rujuk semula obgyn puan. Untuk ibu gdm yang on diet tanpa insulin puan boleh amalkan konsep pinggan suku suku separuh. Hanya ambil suku sahaja karbohidrat dan sebaiknya rendah GI. Jika puan ambil nasi, pilihlah beras perang/parboiled/basmathi