Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaza, Pakar Pemakanan

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Pemakanan Semasa Tempoh Ramadan kepada salah seorang Ahli Pakar kami. Soalan boleh merangkumi makanan yang harus diambil, dielakkan dan lain-lain semasa berpuasa. Berguna untuk ibu hamil yang ingin berpuasa pada bulan Ramadan. Puan Syaza merupakan Pakar Pemakanan bertauliah dalam kajian pemakanan dan nutrisi yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Rabu 22 April 2020, pada jam 4 sehingga 5 petang. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan pemakanan semasa tempoh Ramadan. Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaza, Pakar Pemakanan
73 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

salam puan syaza, saya hamil 23minggu. alhamdulillah buat masa sekarang saya tiada ape2 alahan. insyaAllah saya boleh utk berpuasa nanti. tp bolehkah saya tahu apakah tanda2 atau simptom yg membahayakan kandungan saya yg memerlukan sy berbuka puasa?

Assalamualaikum puan. Saya pengidap kencing manis yang menyusukan anak. Jenis makanan yang perlu saya ambil semasa sahur supaya saya masih bertenaga sepanjang hari dan kuantiti susu tak terjejas. Boleh puas serta kan contoh makanan & sukatan yang perlu saya ambil

assalam .. sy dh hamil 22 minggu . dlm keadaan hamil ni stiap 2-3 jam sy akn sgt lapar , klau rasa lpar trus kena mkn .. klau x nti prot sy skit mcm gastrik .. adakah tu normal ntok mgandung ? mcm mna situasi ni klau trjadi wktu berpuasa ?

Assalamualaikum Puan, sy ingin bertanya, sy baru hamil 4 week, adakah ketika berpuasa nanti sy bole teruskan berpuasa? Sebab sy masih awal kehamilan... Dan cadangan makanan yang sy perlu ambil untuk kekal bertenaga.. Terima kasih 😊

4y ago

Okay ,baik inshaallah, terima kasih Dr 😊

hi puan. saya belum ke clinic kesihatan utk buka buku pink,saya dh masuk 11minggu,ada tak susu lain yang boleh saya minum selain susu yang khas utk ibu mengandung? saya mempunyai masalah lactose-intolerant. setiap kali consume susu,akan kerap diarrhea.

Assalamualaikum Pn syaza, Saya masih lagi perlu makan ubat Duphaston sehari 3x selama 2 minggu sebab kerap bleeding. Jadi perlu atau tidak utk terus berpuasa ? Jika perlu berpuasa apa menu yg sesuai ketika sahur utk ibu yg ada gdm on diet. Thank you 😊

Baca lagi
4y ago

Waalaikumussalam puan Jika puan masih di dalam trimester pertama tidak digalakkan untuk berpuasa. Untuk ubatan hormon seperti duphaston puan perlu rujuk semula obgyn puan. Untuk ibu gdm yang on diet tanpa insulin puan boleh amalkan konsep pinggan suku suku separuh. Hanya ambil suku sahaja karbohidrat dan sebaiknya rendah GI. Jika puan ambil nasi, pilihlah beras perang/parboiled/basmathi

Tolong bagi cadangan resipi yg sesuai utk ibu hamil utk sahur supaya perut kenyang lebih lama . Saya baru 2 bulan hamil masih 1 st trimester, jadinya cepat sgt lapar , nak kena snacking selalu .first time nak puasa dgn baby ni rasa nervous pulak

Assalamualaikum puan. Saya ada sedikit pertanyaan saya dah mengandung 34week tapi selera makan saya sgt kurang. Dan memandang bulan puasa hampir tiba ada tak cara atau makanan yg boleh sy makan supaya sy boleh puasa tahun ni

Assalamualaikum sy baru balik checkup dan positif 7weeks kehamilan dan berkemungkinan kembar..boleh tak share tips pemakanan dan penjagaan yang betul tak semasa kehamilan dan dalam bulan puasa nanti.saya juga punya alahan

4y ago

Tq awk😊

Assalamualaikum. Saya sekarang hamil 12 minggu. Dan pada masa yg sama sy juga breastfeeding anak sulong. Sy nak tanya, apakah makanan yg sesuai untuk diamalkan pada waktu bersahur untuk bagi saya bertenaga.