Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaza, Pakar Pemakanan

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Pemakanan Semasa Tempoh Ramadan kepada salah seorang Ahli Pakar kami. Soalan boleh merangkumi makanan yang harus diambil, dielakkan dan lain-lain semasa berpuasa. Berguna untuk ibu hamil yang ingin berpuasa pada bulan Ramadan. Puan Syaza merupakan Pakar Pemakanan bertauliah dalam kajian pemakanan dan nutrisi yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Rabu 22 April 2020, pada jam 4 sehingga 5 petang. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan pemakanan semasa tempoh Ramadan. Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaza, Pakar Pemakanan
73 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Puan.sy bru first pregnant.tp sejak sy pregnant,sy rasa perut sy sentiasa lapar.bila tak makan/lambat makan mst sy akan rasa sakit pada perut & sakit kepala.patutkan sy tidak berpuasa?

Salam puan. Saya dah 32 weeks and ada gdm on diet. Soalan saya: 1. Apakah diet yg sesuai untuk saya pada bulan puasa ini 2. Bagaimanakah cara untuk mengambil bacaan bsp sekiranya saya berpuasa. Terima kasih puan.

Baca lagi
4y ago

Terima kasih atas pencerahan puan😊

VIP Member

Pregnant 18 weeks..mcm mna nk tambahkan berat badan coz dari awl pregnant sampai sekarang berat masih xnaik & last checkup turun sikit😢.. And nak maintain kan berat badan sepanjang ramadhan nnt..

Saya pergi check up utk confirmkan pregnancy di klinik swasta , doktor cakap bnyakkan minum susu jenis low fat tak kesah brand ape , x perlu mahal2 and folic acid jgn tggal ? Ada tips lain x ?

Hi Puan Syaza, jika saya makan oat dan kurma sahaja semasa sahur mencukupi tak? Saya ibu menyusu baby 2 bulan. Jika tak cukup, sekurang2nya makanan apa yg cukup kenyang utk 1 hari puasa?

Assalamualaikum dr Macam mana ya jadual pemakanan utk ibu mengandung yg mempunyai kencing manis yang masih terkawal dan mcm mana nk jaga pemakanan mengikut susunan waktu yg baik utk mkn ya.

4y ago

pegawai sains pemakanan

VIP Member

Assalammualaikum. Saya ada anak berusia 8 bulan. Dan sepenuhnya susu badan. Apa makanan yang boleh produce susu yang mencukupi utk anak saya bila saya berpuasa nanti. Terima kasih..🤗

4y ago

Waalaikumussalam. Sebaiknya sewaktu sahur puan ambil makanan berkonsepkan pinggan suku suku separuh Suku - Karbohidrat (Nasi/Mee/Kentang/Roti) Suku - Protein (Ayam/ikan/telur) pasikan bersaiz tapak tangan puan Separuh - Serat (Sayur dan buah) Minum susu dan juga kurma 😊

Saya mengandung 15minggu. Saya jugak ada exzema. Macam mana ye nak amalkan pemakanan yg sihat untuk saya dan baby. Sbb ada sesetengah makanan yg saya kene pantang.

Assalamualaikum puan, saya hamil 9 minggu 1 hari. Saya mngalami mual muntah dan badan lemah sngt apabila bangun tdur pada wktu pgi soalan sya bolehkah sya berpuasa ?

4y ago

Tq puan

VIP Member

Kandungan 13 weeks.. apa makanan yg saya perlu elakkan dibulan puasa? Sebab sy selalu rasa pening.. adakah saya boleh berpuasa atau tidak perlu berpuasa?