Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Perkembangan Awal Psikologikal Kanak-Kanak & Bayi kepada salah seorang Ahli Psikologi kami. Khor Mei Mei merupakan Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Psikologi kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Sabtu 11 April 2020, pada jam 3 hingga 5 petang. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Perkembangan Awal Kanak-Kanak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.
58 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Selamat petang Dr. Khor Mei Mei ... Soalan pertama, adakah seorang ayah boleh join ruangan ini ? Jika boleh, sudilah baca soalan saya di bawah ni ... Alhamdulillah ... Isteri saya sedang mengandung anak ke 2 ... Sekarang ni usia kandungan dah genap 3 bulan ... Tapi isteri saya tanya kat saya, kenapa perut dia tak besar lagi ? Masa anak yang pertama, 3 bulan pun dah naik perut (Isteri cakap kat saya) ... Adakah ini normal doktor ? Terima kasih ... Maaf ye ibu2 semua, saya hanya seorang ayah yang nak tau ...

Baca lagi