Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Perkembangan Awal Psikologikal Kanak-Kanak & Bayi kepada salah seorang Ahli Psikologi kami. Khor Mei Mei merupakan Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Psikologi kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Sabtu 11 April 2020, pada jam 3 hingga 5 petang. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Perkembangan Awal Kanak-Kanak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.
58 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Dr.!.sy nk tanya, 1) Adakah suasana sekeliling especially dlm rumah banyak mempengaruhi sikap dan karektor bayi..sbgi contoh suasana yg bising dgn suara² abang kakak, bunyi televisyen dll..(bayi usia 3 bln) 2) Apakah antara punca² utama bayi menjadi takut atau seorang penakut bila besar? 3) Kita tahu pendedahan gagjet tidak baik utk perkembangan bayi/kanak², adakah pendedahan berlebihan akan mempengaruhi personaliti seorang bayi/kanak² tersebut? Tq Dr. atas maklumbalas.

Baca lagi
6y ago

Hi Muzainah Musa. 1. Ya, suasana sekeliling adalah salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan bayi. Tetapi terdapat faktor-faktor lain yg juga boleh mempengaruhi karektor anak puan, seperti kerapatan hubungan kepada ibu bapa, gaya dan cara keibubapaan, keturuanan dan lain-lain. 2. Daripada focus kpd ketakutan, saya cadangkan puan utk fokus pada daya ketahanan anak. Semua orang akan rasa takut, dan ini adalah normal dan semulajadi. Kenyataannya, ia lebih penting utk membina daya tahan – mampu untuk menghadapi dan mengatasi ketakutan diri sendiri. 3. Ya, banyak penyelidikan telah mendapati pendedahan berlebihan pada skrin akan menjejaskan focus anak kerana rangsangan skrin yang berlebihan terlampau untuk kanak-kanak kecil.