Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Perkembangan Awal Psikologikal Kanak-Kanak & Bayi kepada salah seorang Ahli Psikologi kami. Khor Mei Mei merupakan Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Psikologi kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Sabtu 11 April 2020, pada jam 3 hingga 5 petang. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Perkembangan Awal Kanak-Kanak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.
58 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi doktor... Sy nak tanya.. Anak saya 2tahun 6bulan masih belum bercakap dengan lancar... Ada perkataan yang saya paham.. Dan ada perkataan yang saya tak paham (bahasa alien)... Dia jugak susah nak fokus dalam sesuatu perkara... Contoh... Bila saya ajar untuk mewarna, melukis dan sebagainya.. Tapi.. Bila dia menonton television dia sangat fokus.. Jadi macamana atau apa kaedah yang perlu saya buat untuk dia lebih fokus pada aktiviti fizikal dan sekaligus merangsang untuk dia bercakap dengan lancar...??? Terima kasih.

Baca lagi
6y ago

Hi Azielah Aziz. Puan boleh kurangkan screen time dan melakukan activity yg lebih seronok utk dia. Contohnya, bermain bersama dgn dia supaya ia dapat beri kebaikan kpd kedua-dua belah pihak. Utk dari segi percakapan, dicadangkan utk membuat appointment dgn speech therapist atau pediatrik utk penilaian