Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Autisme kepada salah seorang pakar pediatrik kami memandangkan hari ini adalah Hari Autisme Sedunia dan kebanyakkan penghidap Autisme bermula dari kanak-kanak. Dr Annie Liau Fui Vun merupakan doktor pakar pediatrik dan laktasi, ‘Tiny Tots Children Specialist Clinic’ di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tujukan soalan anda kepada pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Jumaat 3 April 2020, pada jam 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Autisme . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)
61 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bayi masih dalam kandungan boleh tahu ke ada masalah autisme?

6y ago

Buat masa kini, masih tiada ujian yang boleh dilakukan untuk diagnosa bayi dalam kandungan.

Hi doc. Nak tanya ada x cara2 utk prevent autisme sejak dr kandungan? Tq

6y ago

Saya telah menjawab berkenaan langkah-langkah mengurangkan risiko kelahiran pramatang atau proses bersalin yang rumit . ( sebab ini antara risiko yang meningkatkan kejadian autisme di kalangan anak yang mempunyai gen berisiko autisme)

apa ciri-ciri autism dan seawal umur berapakah ciri-ciri ini boleh dilihat?

6y ago

sudah dijawap. Rujuk reply saya sebelum ini.

Bagaimana untuk mengetahui tanda-tanda awal Autisme?..

6y ago

Tanda-tanda awal yang kerap diperhatikan oleh ibu-bapa ialah kekurangan "eye contact" ( bertentangan mata), tidak memberi respons apabila nama dipanggil ( selalu ibu bapa suspek anak mungkin ada masalah pendengaran) , tidak tahu bermain dengan mainan dengan cara yang betul atau main mainan dengan cara yang luar biasa , tiada /kurang kemahiran bermain secara imaginatif, ada perbuatan yang berulang-ulang seperti suka menyusun objek/mainan, kelewatan bertutur ( tiada lagi perkataan sepatah selepas 16 bulan) dan memahami arahan ringkas, tidak menunjukkan permintaan dengan menunjuk dengan jari selepas 12 bulan, menggunakan tangan orang lain untuk menunjuk/meminta sesuatu

suami saya autisme..adakah kemungkinan anak saya akan mewarisi genetik suami saya

Boleh ke kita tahu bayi ada autisim semasa bayi?

Hello doc, sa nak tw apa tanda2 anak autism? Bby sa 9bln7hari.

Bagaimana hendak mengenalpasti ciri ciri autisme pada peringkat awal usia?

6y ago

Sudah dijawap. Sila rujuk jawapan saya sebelum ini.

Hai doktor... Macam mana nak tahu seseorang kanak-kanak mengalami autizm

6y ago

Maaf dok. Saya tak jumpa jawapan yg dok katakan. Mohon doktor salin dan tampal semula jawap tersebut. Terima kasih

VIP Member

Hi doctor, Macam mana nk kesan Di peringkat awal tanda-tanda Autism's

6y ago

Sudah dijawap. Sila rujuk jawapan saya sebelum ini.