Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Autisme kepada salah seorang pakar pediatrik kami memandangkan hari ini adalah Hari Autisme Sedunia dan kebanyakkan penghidap Autisme bermula dari kanak-kanak. Dr Annie Liau Fui Vun merupakan doktor pakar pediatrik dan laktasi, ‘Tiny Tots Children Specialist Clinic’ di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tujukan soalan anda kepada pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Jumaat 3 April 2020, pada jam 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Autisme . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)
61 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bagaimana untuk mengetahui tanda-tanda awal Autisme?..

6y ago

Tanda-tanda awal yang kerap diperhatikan oleh ibu-bapa ialah kekurangan "eye contact" ( bertentangan mata), tidak memberi respons apabila nama dipanggil ( selalu ibu bapa suspek anak mungkin ada masalah pendengaran) , tidak tahu bermain dengan mainan dengan cara yang betul atau main mainan dengan cara yang luar biasa , tiada /kurang kemahiran bermain secara imaginatif, ada perbuatan yang berulang-ulang seperti suka menyusun objek/mainan, kelewatan bertutur ( tiada lagi perkataan sepatah selepas 16 bulan) dan memahami arahan ringkas, tidak menunjukkan permintaan dengan menunjuk dengan jari selepas 12 bulan, menggunakan tangan orang lain untuk menunjuk/meminta sesuatu