Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Autisme kepada salah seorang pakar pediatrik kami memandangkan hari ini adalah Hari Autisme Sedunia dan kebanyakkan penghidap Autisme bermula dari kanak-kanak. Dr Annie Liau Fui Vun merupakan doktor pakar pediatrik dan laktasi, ‘Tiny Tots Children Specialist Clinic’ di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tujukan soalan anda kepada pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Jumaat 3 April 2020, pada jam 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Autisme . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)
61 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Adakah pantang bagi anak autism & apa sebab dy boleh jadi autism?

6y ago

Sudah dijawap.Rujuk reply saya sebelum ini.

VIP Member

hi Dr.. macamana kita nak kenal sifat autisme sejak dari bayi?

6y ago

terima kasih

Cara kenal pasti dan handle autisme ni

VIP Member

hai Dr, umur berapa boleh detect autisme ?

6y ago

Sudah dijawab sebelum ini, Sila rujuk reply saya sebelum ini.

Hello doctor, ada ke cara cara nak elak autism?

6y ago

Tengok balik Faktor-faktor yang meningkatkan risiko autisme: 1) usia tua ibu bapa pada masa anak dilahirkan ( untuk anak pertama ibu> 35 tahun, ayah > 40 tahun) 2)anak lahir tidak cukup bulan ( < 33 minggu gestation) 3)Proses bersalin yang ada komplikasi 4) ada ahli keluarga yang mempunyai diagnosa autisme Faktor risiko no 2 dan 3 - boleh dikurangkan dengan sekirannya ibu mengandung merancang pregnancy awal dan mula temujanji awal di klinik mengandung , makan makanan yang berkhasiat dan seimbang , dan mula pengambilan folik asid ( sekurang-kurangmya 4 minggu sebelum mengandung dan 8 minggu selepas mengandung) kerana ada kajian menunjukkan ini mingkin memberi kesan positif kepada anak yang mempunyai risiko genetik autisme. Ibu elakkan mengambil alcohol , ubat larangan dan merokok sebab ini faktor risiko untuk kelahiran bayi pramatang.

ARSAZAZWEDF56 G G

Tanda tanda awal anak autism?

6y ago

Sudah dijawab. Sila rujuk reply saya sebelum ini.

tanda2 ank autisme

Cara mengenal pasti anak autism?

6y ago

Doktor membuat diagnosa autisme berdasarkan sejarah daripada ibu bapa berkenaan kelahiran anak and masa mengandung , sejarah keluarga, sejarah perkembangan anak , saringan risiko , pemerhatian kelakuan anak di klinik dan di tempat lain ( melalui video dan sebagainya) , dan kadang-kadang mengguna penilaian standardized untuk autisme . Proses diagnosa autisme memerlukan masa yang agak panjang .

Bolehkah autism diubati?

6y ago

Terima Kasih Doktor