PREGNANCY TEST

Hai awak semua, saya ada check, mmg naik 2 line dah, so semalam, saya ada pegi klinik utk check up betul ke pregnant, bila doktor check, tak nampak apa2 kantung dlm rahim, sebab saya baru 3 minggu, adakah itu normal? Ke minggu ketiga sepatutnya dah nampak apa2 waktu scan? . Saya budak baru, tolong ajarkan🥹terima kasih semua🫶🏼✨

PREGNANCY TEST
33 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

A Positive urine pregnancy test in a woman who has missed a period is diagnostic of a pregnancy. There is no indication for a routine early pregnancy scan ‘to confirm a pregnancy.’ Sebagai seorang guru perubatan, saya selalu membetulkan kesalahfahaman ini di kalangan pelajar perubatan dan ibu-ibu hamil. Jika seorang wanita membuat ujian pregnancy test air kencing kerana HAID TIDAK DATANG, dan keputusannya POSITIF, maka inilah pengesahan atau diagnosis kehamilan. Ujian pregnancy test ke atas air kencing yang anda beli dari farmasi itu tepat dalam 99.9% wanita. Anda tidak perlu ultrasound scan untuk membuat diagnosis kehamilan atau pengesahan kehamilan. UPT boleh menjadi positif seawal 7 hari selepas persenyawaan, iaitu sebelum pun haid anda dijangka datang, anda boleh mendapat UPT yang positif. Pada masa awal kehamilan, sejurus ujian UPT menjadi positif, ultrasound tidak boleh nampak atau mengesan kehamilan ini. Kalau belum nampak dalam Ultrasound, ini tidak bermakna anda tidak hamil. Walaupun tak nampak dalam ultrasound, jika UPT anda positif, maka anda masih disahkan HAMIL. Sebab Ultrasound tidak digunakan untuk diagnosis atau pengesahan kehamilan. Masa yang terbaik untuk membuat Ultrasound scan yang PERTAMA ialah di antara 11 minggu dan 14 minggu kehamilan. Inilah masa terbaik untuk mengesahkan tarikh EDD yang paling tepat, selain daripada memastikan tempurung kepala janin sudah terbentuk (iaitu tiada anencephaly), jika kembar untuk memastikan berapa kantung dan berapa uri, dan melihat jika ada kecacatan yang serious yang tak boleh di lihat dalam scan yang terlalu awal. Jadi, ibu-ibu hamil tidak perlu diberikan temujanji untuk ultrasound sebelum 11 minggu kehamilan (iaitu 11 minggu dari hari pertama haid yang terakhir). Pengecualiannya untuk ultrasound scan di awal kehamilan hanyalah EMPAT: Pertama ialah wanita yang mendapat pendarahan, walaupun hanya sedikit, atau kesakitan di bahagian abdomen. Ultrasound wajib dijalankan untuk memastikan kehamilan itu bukan kehamilan di luar rahim, dan untuk mengesahkan keguguran. Kedua ialah wanita yang berisiko tinggi mendapat kehamilan di luar rahim, walaupun tiada pendarahan atau kesakitan. Contohnya wanita yang pernah mendapat kehamilan di luar rahim, wanita yang pernah disahkan tubenya tersumbat atau pernah mengikat tube (iaitu bilateral tubal ligation), atau wanita yang ada IUCD di dalam rahim tetapi hamil juga. Ultrasound scan ini pun tak dibuat terlalu awal, kita buat bila 6 minggu kehamilan, bukannya bila UPT positif sebab dua hari tak datang haid kemudian terus buat scan. Ketiga ialah wanita yang mendapat muntah-muntah teruk, dan kita buat ultrasound scan untuk memastikan tiada masalah seperti molar pregnancy. Keempat ialah ultrasound boleh dijalankan lebih awal bagi wanita yang tidak pasti bila tarikh haid yang terakhir dan ada kemungkinan kehamilan itu sudah lebih lanjut dari yang dijangka. ———————————————————————- Tetapi masalahnya, ramai wanita lain yang tiada empat masalah di atas sangka mereka perlu mendapat pengesahan kehamilan melalui ultrasound dan tidak faham mengapa bidan dan doktor di Klinik Kesihatan atau Hospital kerajaan tidak memberi perkhidmatan scan yang awal. Satu kesalahfahaman. Anda tak perlu Ultrasound scan sebelum 11 minggu jika tiada masalah kehamilan, dan tiada sebab. Wanita-wanita ini yang tidak tahu kenapa akan pergi juga meminta scan dari klinik swasta. Kalau anda pergi ke klinik swasta dan meminta scan, anda akan mendapat permintaan anda walaupun anda tidak perlukannya sebab anda akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan itu. Sekarang ramai wanita tanya saya, “Saya pi buat scan tapi tak nampak kantung, risau pulak, risau, risau, takut, risau!!!!!!!!!!!!.” Ini lah sebabnya kami tak akan jemput anda buat scan pada awal kehamilan tanpa sebab yang munasabah. Buat scan awal-awal tanpa sebab, jadi macam ni laaaa. Risau Risau Risau. Hangpa pi buat scan awai-awai sapa suruh? Kami tidak mahu membimbangkan ibu-ibu kami pada awal kehamilan. Ada 3 sebab kenapa anda tidak nampak kantung janin walaupun UPT positif: 1) Kehamilan yang terlalu awal untuk dikesan. 2) Kehamilan yang tidak menjadi, atau keguguran semulajadi yang awal, maka anda akan mendapat haid tidak lama lagi kerana kehamilan ini tidak akan diteruskan. 3) Kehamilan di luar rahim. Jika anda buat ultrasound scan sebab kesakitan atau pendarahan, maka kita akan berasa sangsi bahawa ini mungkin keguguran atau kehamilan di luar rahim. Jika tiada kelihatan kantung dalam rahim, kami akan membuat ujian darah BhCG untuk mengkaji bacaan hormon kehamilan ini, dan kemudian diulang semula selepas 48 jam. Jika bacaan hormon BhCG jatuh selepas 48 jam, dan kemudian terus jatuh selepas lagi 48 jam sehingga UPT menjadi negatif, maka kita tahu ini ialah keguguran. Jika hormon BhCG bertambah dua kali ganda selepas 48 jam, maka ada kemungkinan ini ialah kehamilan awal di dalam rahim dan kehamilan ini masih berterusan walaupun ada kesakitan dan pendarahan. Kami akan pantau sehingga nampak kantung dalam rahim pada minggu yang berikutnya. Jika kami mengeshaki kehamilan di luar rahim kami akan menasihatkan rawatan supaya kehamilan ini tidak diteruskan, sebab ini membahayakan nyawa ibu. Tetapi, jika anda pi buat ultrasound scan TANPA APA-APA SEBAB pada awal kehamilan dan tak nampak kantung dalam rahim, saya akan kata, anda boleh balik rumah selagi anda tiada masalah, tak payah buat apa-apa, kita hanya perlu ulang scan lagi seminggu atau dua minggu sehingga nampak kantung. Dalam masa seminggu dua ini lah anda akan tepuk dahi anda sendiri, kenapa lah anda pi buat scan awal-awal sangat tanpa sebab sampai merisaukan diri anda sendiri saja, tak boleh tidur tak boleh makan sebab RISAU DUA MINGGU. Tiada manfaat membuat scan terlalu awal. Lepas tu kena scan semula sebab ibu sudah risau. Lepas tu, jangan lupa ya, datang balik untuk ultrasound scan diantara 11-14 minggu. Jangan tak datang pulak dah 🤦🏻‍♀️ Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrik & Gynekologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Baca lagi
1y ago

sama2. tapi sy bukan prof. sy follower kepada doctor imelda balchin. kalau nak banyak info semasa hamil, semasa pantang. apa yg fakta. apa yg mitos boleh follow doctor dkt fb😊

Saya sekarang dah mengandung 23 weeks. Saya dpt tau saya pregnant masa kandungan sy masih 2 weeks. 2 kali check . Satu pakai yg pharmacy punya. Satu lagi dr watsons. Dua2 naik 2 line . Petng tu y pgi ke klinik. Klinik tu scan dh ade kantung cuma tkde baby lagi sbb bru 2 weeks. 2nd scan sy masatu sy 8 weeks dh ada nmpak baby . So tkpasti juga knapa tk nmpk or doc tk check btul2? Sy pgi klinik swasta masatu

Baca lagi

saya 5/6w nampak kantung je 8w ada heartbeat dalam 12w baru nampak rupa bentuk janin dalam kantung tu.. risau juga mula2 masa tu janin tak jadi tapi syukur doktor suru tungu dan doktor pantau saya dan follow up saya tiap mingu sampai nampak heartbeat dan janin dalam kantung jadi sekarang dah nak masuk 37w dah saya.. mohon bersabar sis.. better 8w keatas sis datang hospital lagi try scan..

Baca lagi

saya sblm ni scan 7weeks dh de kantung n degupan jantung,, scan lg 10weeks untuk nmpk rupa bentuk janin n buka terus buku pink di KK ,, nasihat untuk awak jaga diri bnyk2 rehat jgn aktif sgt sbb baby tu kecik n fragile lg ,, 1st trimester ni fasa kritikal yg mcm extra kena jaga sbb normally gugur berlaku di fasa ni, semoga dipermudahkn urusan awak

Baca lagi

Okeiii, saya fahamm😍😍! Terima kasih semuaa ibu dan bakal2 ibu yang respond, sebenarnya tak nak pun pegi scan, tapi pegi scan sebab badan naik gatal2, nak tya doc, adakah ni alahan, sebab satuu badan, lepas tu, takot nak makan ubat if betul2 pregnant, tu yang pegi check utk confirm. But now, alhamdulillah, dah fahammm. 💕terima kasih semua atas respond!🫶🏼

Baca lagi
1y ago

bole start makan acid folic. tahniah

saya tgh pregnant anak no 2. baru 6 weeks tp tak nmpk clear so doc suggest tunggu dah 8 weeks baru scan. so advise saya, jaga kandungan, kalau tak makan folic acid lg boleh beli kat farmasi dan makan setiap hari. makan makanan berkhasiat utk kuatkan rahim dan janin. insyaAllah bila dah 8-10weeks boleh scan and nmpk baby.

Baca lagi

3 minggu memang tak nampak lagi. sis scan la 8 minggu nanti. insyaAllah dah nampak semua. mcm sy juga first2 scan time 2 minggu memang tak nampak ape. dah 8 minggu baru scan n nampak dah semua , ade heart beat sekali.

Awal Sngt sis ..Scan Balik dlm 6 weeks atau 7 weeks .Kalau Sis Risau Sangat Means . Do A Blood Test ..Sebap Sy scan 4 weeks. can't see anything.so Dr Ambik Darah check .it's Positive .now I'm 7 weeks

sy masa naik upt 2 line, kalau tgk kiraan 5w. sy hold sampai 7w baru pi confirm kt klinik. nmpk kantung kosong je. doc suruh mai balik at 9w..baru nmpk ada baby and heartbeat... 3w masih awal

Sbb tu doktor sy pesan sebulan lepas upt positif baru pg scan. Awal2 scan ni memg tak nampak apalah. Ada org da 10w pun baby tak nampak lg. Tgu la dah 7 ke atas insyaAllah baru nampak

Baca lagi