Hai mama...nak tnya sy skrg 29 week..scan xd,,doc ckp uri dkt bwh ..agak2 naik blik x sblom brsalin?

Doc bg 2mggu lagi untk repeat scan

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

“Doktor Imelda, saya 20 minggu hamil. Apa nak buat kalau uri placenta saya berkedudukan di bawah?” Jawapan saya: Tak payah buat apa-apa dan tak payah bimbang. Jika pada scan 20 minggu, doktor anda kata, uri duduk di bawah, atau low-lying placenta, 95 dalam 100 low-lying placenta akan naik ke atas juga bila dah sampai ke 34 minggu kehamilan. Semua produk-produk overclaim tu tak payah laa beli. Kalau penjual produk overclaim tu claim produk depa penyebab uri placenta naik, anda boleh habaq laa memang pun 95% uri placenta yang pada permulaannya low-lying akan naik ke atas, sebab uri placenta tu melekat pada dinding rahim dan dinding rahim itu memang akan membesar ke atas, maka uri placenta itu akan ikut naik ke atas. Paling penting sekali jangan cuba mengurut rahim sebab ini boleh memudaratkan dan merbahaya jika uri placenta tertanggal dari dinding rahim akibat urutan itu. Hanya 1 dalam 200 kehamilan ada placenta praevia yang perlukan pembedahan Caesar untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi dari pertumpahan darah. Anda tak buat apa dan makan nasi saja pun 95% uri placenta yang pada permulaannya duduk di bawah pun boleh naik. Tapi kenapa tak bagi kredit kepada makan nasi? ———————————————————————- “Doktor Imelda, saya hamil 7 bulan, apa nak buat kalau baby saya kedudukan songsang?” Jawapan saya: Tak payah buat apa-apa dan tak payah bimbang. Jika pada scan 32 minggu, doktor anda kata, bayi anda berkedudukan songsang, apa yang anda perlu tahu ialah pada masa ini, masih 20 dalam 100 bayi di dalam kandungan berkedudukan songsang. Tak payah buat apa pun 80% dari bayi songsang ini akan pusing sendiri, sebab kepala baby di dalam kandungan itu ialah bahagian badan bayi yang paling berat sekali dan dia tak boleh lawan graviti. Bila dah 36 minggu kehamilan, hanya 4% bayi di dalam kandungan berkedudukan songsang. Sudah ada banyak kajian perubatan yang buat pelbagai jenis senaman untuk tujuan memusing bayi songsang ini tidak menunjukkan apa-apa bukti ia lebih berkesan dari tak buat apa-apa pun dan tunggu saja dan kebanyakan bayi akan berpusing sendiri juga. Kalau memang pun dia akan pusing sendiri, tak payah laa bagi kredit kat pelbagai kaedah yang kita tak perlu buat pun. Pada 36 minggu kehamilan, jika masih juga songsang, doktor akan buat penilaian kesihatan jika kita boleh pusingkan bayi songsang dengan kaedah external cephalic version (ECV). Ada kriterianya siapa yang kami boleh buat ECV dengan selamat. Kejayaan ECV ialah 50% dan ibu boleh bersalin normal. Minggu lepas saya dah buat satu ECV pada 36 minggu kehamilan dan berjaya memusingkan bayi ini supaya ibu boleh ada peluang bersalin normal. Jadi hangpa makan nasi saja pun, kebanyakan bayi yang pada awal kehamilan berkedudukan songsang akan pusing sendiri juga, tak payah buat apa-apa pun. Baik bagi kredit kepada makan nasi saja. Kaaaannnn. Semoga ilmu ini bermanfaat untuk anda. Relax laaaaa. Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology

Baca lagi

hai mummy.. bnykkn senam posisi sujud mcm dlm solat.. InshaAllah semoga Allah bantu ya mummy.. posisi sujud boleh normalkan kedudukan baby n uri dalam perut.. semoga munmy n baby sihat2 selalu 🥰

2y ago

sama 🥰.. InshaAllah mummy boleh.. bnykkn doa ya.. semoga mummy n baby sihat n dipermudahkan urusan bersalin nnt

Saya hritu scan uri anterior low, tapi as long as tk menutup laluan, it is okay. Dan dr ckp biasa naik balik.

blh naik lagi sbb awal lgi , byk kn dlm posisi sujud