Momy2 nak tanyaaa

Detail scan tu penting tak?

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

KENAPA PERLU DETAIL SCAN? Detail scan perlu untuk dapatkan maklumat atau memeriksa keadaan bayi untuk sebarang masalah, keadaan dan juga tumbesaran bayi di dalam perut. Kenapa perlu untuk tahu? Sebab mudah sebagai persediaan awal. Kalau ok, syukur, tak perlu nak risau apa-apa. Tapi kalau baby ada alami masalah sejak dari dalam perut lagi contohnya kebocoran pada jantung baby, boleh dirujuk terus kepada pakar untuk pemantauan terperinci dan consultation. Jadi doktor scan apa semasa detail scan? ✔ Kepala – bentuk tengkorak dan struktur otak. ✔ Muka – profil muka, soket dan kanta mata, hidung, mulut dan lelangit. ✔ Jantung – kedudukan jantung, saiz, “bilik-bilik” jantung, “dinding” jantung, injap, beberapa salur darah utama. ✔ Diaphragm – otot di antara bahagian dada dan abdomen. ✔ Abdomen – perut, hati, buah pinggang dan pundi kencing ✔ Tulang belakang. ✔ Tangan dan kaki – setiap tulang termasuk jari jemari. ✔ Jantina baby. ✔ Tali pusat. ✔ Keadaan serviks ibu. ✔ Kedudukan uri perlu diperhati samada normal atau uri rendah. ✔ Amaun amniotic fluid (air ketuban) diukur untuk memastikan ianya mencukupi menampung tumbesaran baby sepanjang dalam rahim. So, secara umumnya, Detail Scan ni MEMANG PENTING untuk ibu bapa yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata.

Baca lagi
VIP Member

Sangat penting untk tahu jika baby tu ade masalah mcm sumbing ke dia punya buah pinggang berfungsi dgn baik atau tidak, jari jemari ade yg melekat ke tidak haa mcm tu. Mcm kwn sy dia detect bby dia otak mcm tekluar dri kepalaa . Mcm mne tah nk terangkan pstu kene terminate pregnancy tu, bila dh ggurkan bby tu mmng nampak bby mcm dlm scan otak dia mcm tekluar ke mcm mne tahh.. Klo dia nk teruskan kandungan dia pon sama jugak tk kan bertahan lama sbb otak kn fungsi utama. So penting untk wt detail scan untk tahu pekembangan bby ade kecacatan atau tidak.

Baca lagi
5y ago

Anencephaly

Puan boleh google klinik swasta yang berdekatan dengan area Puan yang tawarkan harga yang berpatutan dan murah untuk details scan. Yang lain2 macam 5D tu tak penting pun. Prof Imelda sendiri ada beritahu yang 3D, 4D, 5HD tak penting melainkan Puan ada duit lebih nak buat, dipersilakan. :)

Penting dear. I baru buat detail scan last 2 days. Alhamdullillah sonogr check semua. Air ketuban, jantung baby, saluran darah jantung baby semua Alhamdullillah. So for me detail scan penting 😀😀

Anak 1st sy buat masa 6 bln...tujuan nak tgk jari2 baby cukup x...air ketuban cukup x..dpt tgk muka baby lg..skrg da ada 5d..mmg jelas btol...

selalu detail scan ni buat kt klinik swasta kan ? kk ade buat jugak ke ? first pregnancy ni .. byk jugak lah tak tahu ..

5y ago

mekasih atas info

VIP Member

Sangat penting. Boleh detect kalau kandungan ada apa2 masalah seperti kecacatan pada bayi.

sangat penting..di KK x buat ke..mcm saya hanya GH je ckp nanti akan buat bila dan 28w..

5y ago

kdg2 kita kena tanya..mcm saya hari tu tanya bila nak kena cucuk kancing gigi..nurse pulak kata..oh belum buat ye..memang la x buat lagi sebab baru 16w..😁😁😁

Penting utk cek bby ade mslh ke x

Sangat penting kalau mampu baik buat

5y ago

Sama2☺️