Momy2 nak tanyaaa

Detail scan tu penting tak?

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

KENAPA PERLU DETAIL SCAN? Detail scan perlu untuk dapatkan maklumat atau memeriksa keadaan bayi untuk sebarang masalah, keadaan dan juga tumbesaran bayi di dalam perut. Kenapa perlu untuk tahu? Sebab mudah sebagai persediaan awal. Kalau ok, syukur, tak perlu nak risau apa-apa. Tapi kalau baby ada alami masalah sejak dari dalam perut lagi contohnya kebocoran pada jantung baby, boleh dirujuk terus kepada pakar untuk pemantauan terperinci dan consultation. Jadi doktor scan apa semasa detail scan? ✔ Kepala – bentuk tengkorak dan struktur otak. ✔ Muka – profil muka, soket dan kanta mata, hidung, mulut dan lelangit. ✔ Jantung – kedudukan jantung, saiz, “bilik-bilik” jantung, “dinding” jantung, injap, beberapa salur darah utama. ✔ Diaphragm – otot di antara bahagian dada dan abdomen. ✔ Abdomen – perut, hati, buah pinggang dan pundi kencing ✔ Tulang belakang. ✔ Tangan dan kaki – setiap tulang termasuk jari jemari. ✔ Jantina baby. ✔ Tali pusat. ✔ Keadaan serviks ibu. ✔ Kedudukan uri perlu diperhati samada normal atau uri rendah. ✔ Amaun amniotic fluid (air ketuban) diukur untuk memastikan ianya mencukupi menampung tumbesaran baby sepanjang dalam rahim. So, secara umumnya, Detail Scan ni MEMANG PENTING untuk ibu bapa yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata.

Baca lagi