Mengidam bende2 manis
Dah hujung2 trimester 2 ni suke sangat bende2 manis. Saye gdm on ubat dan insulin, kadang bile mengidam bende manis saye cube tahan, kadang tak tahan jugak. Risau nye lah dekat baby dalam kandungan 🥹 Tapi berat saye tak naik2 dari awal pregnant.

Puan, saya faham puan teringin. Makan setakat hilang keinginan je. Jangan jdَ macam saya. Awal2 kehamilan GDM on diet controlled. Trimister ke-3, PKP/ PKPB dah habis, pergi makan macam2 dek bercuti/ kenduri. Dah bacaan BSP tak cantik. Dan jaga diet no sugar less carbohydrates utk BSP je. Langsung kena GDM on medication. Kena induce to labour pada week 37. Masa di wad dengar nurse bisik2 kata degup jantung baby gitu je tak naik hingga lah ke hari bersalin. Langsung kena emergency czer. Walaupun baby tak de diabetes selepas dipantau di wad SCN, saya mengalami berat badan turun secara mendadak. Asalnya doktor kata sebab saya menyusukan anak dgn susu ibu sepenuhnya. Bila buat OGTT bacaan gula 7. Berat turun lg. Saya risau sbb ada sejarah kanser dlm keluarga. Jadi mengadu lg pd doktor. Buat 5 jenis ujian darah Semua ok. Doktor suspek saya ada diabetes. Salah satu sebab diabetis,berat turun mendadak tanpa kemahuan kita. Buat OGTT kali Ke2, result 10. Trend bacaan gula naik. Pre diabetis. Doktor arah utk saya diet no sugar less carbohydrates kawal gula dlm darah serta bersenam. Dah la cara saya diet salah. Masa Ramadan asyik makan nasi & oat semasa sahur, konon nak kenyang lama & penghasilan susu yg baik, langsung setiap hari kebas2 kaki. Tu salah satu tanda gula tak terkawal. 😓 Risau. Lepas tu search diet pre diabetis, jumpa group FB Kelab Pesakit Kencing Manis/Diabetis. Kat situ banyak info bermanfaat utk pesakit Diabetis, Penjaga pesakit, ibu GDM, pre diabetis. Bagus sangat. Puan join lah utk kawal gula dlm darah. Kita jangan eksyen anggap ala GDM masa hamil je, lepas bersalin ok la. No, no, no. Jika tak jaga pemakanan sihat & baik, boleh dapat kencing manis beberapa tahun lg sbb ibu GDM dah ada tapak kencing manis dlm tubuhnya. So, seumur hidup kena jaga pemakanan sihat & baik ya. Semua ni untuk kehidupan kita yg lebih baik semasa hamil, selepas bersalin, jaga anak hingga anak dewasa & seterusnya sepanjang hidup kita. Ingat sayangi diri & orang tersayang.
Baca lagi