Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Navdeep Singh Pannu, Obstretrik dan Ginekologi (O&G), TMC Fertility

'Dah hamil 3 bulan tapi tak ada muntah-muntah. Normal ke? Atau saiz perut tak besar macam ibu lain ketika hamil? Atau risau tentang aktiviti harian menjejaskan perkembangan tumbesaran bayi?' Tanya semua soalan anda secara terus bersama pakar jemputan kami iaitu Dr. Navdeep Singh Pannu, Obstretrik dan Ginekologi (O&G), TMC Fertility Puchong pada hari Khamis, 22 Julai 2021, jam 4.30 petang. *NOTA : Segala persoalan diluar daripada topik dan masa yang dijadualkan akan di padam atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Navdeep Singh Pannu, Obstretrik dan Ginekologi (O&G), TMC Fertility
43 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hai.doc sy dah berusia 41thn dah..slpas 6thn dri truma ank ke 2 dipanggil tuhan.thn ne sy ada rzki ank ke 3 skrg dh msk 37 week dsebabkan sy ada kes 6thn lalu sy seringkli jumpa doc o&g utk scan perkembangan kdgun sy..pa yg merisaukn sy ketika kdgun dah msuk 37week tpi ank mc berlegar2 lum msuk laluan g nk bersalin ..jdual diberikan 39week sy disarankan utk serah diri awl dsebabkan ada gdm tpi xlah serius cuma diet kna jga mkn lum disarankn mkn ubt pun..skrg ne perut mengeras2 kjp2 siang xberpa gerak mlm aktif sgt..pa yg merisaukan jika tiba2 disarankn bersalin cara cacer coz sblm ne scan ank ada songsang skit..risau nk bersalin dlm msa pkp xda cpa nk tolong kita..suami pla berkrja kat swk...😞😞

Baca lagi

Hi Doc, nak tanya bagaimana posisi tidur yg elok ketika mengandung..? sebab saya ada terbaca bahaya tidur dengan keadaan baring terlentang.. even dah tidur mengiring bila bangun mesti saya dalam keadaan terlentang.. lepastu saya sekarang tak boleh nak makan pedas, kalau termakan pedas sikit nanti mesti dekat tekak rasa pedih je.. keadaan macam ni bahaya tak pada baby atau kulit dia..

Baca lagi
3y ago

hai,posisi tidur sama ada mengiring ke kiri atau ke kanan adalah selamat.Terdapat risiko tekanan kepada saluran darah jika anda tidur terlentang. tetapi apa yang paling penting adalah anda berasa selesa.

VIP Member

hai doctor..sy nak tnya kalau ank prtama kita da czer..bila preggy second baby tu tuk normal boleh ke? atau kena czer jgk? sbb sy mse ank first emergency czer jantung ank da lemah & bukaan x boleh nk buka da. skrg tgh preggy second baby. tu nk tnya bile nk brsalin nnti boleh brslin secara normal ataupun kena czer jgk

Baca lagi

Hi doc.. sy ibu gdm.. with high risk... gula tak stabil.. dan berat sy statik.. kalau naik sekilo.. nanti turun sekilo.. Hb sy drop dr 11 hingga 10.3.. sekarang 35 week. soalan sy.. adekah saya berpotensi utk mendapat kencing manis kekal selepas bersalin... kerana skrng sy dah on actrapid dan insulatat...

Baca lagi

hi doc.. sy pregnant untuk baby kedua, ank sulung sy Masih menyusu badan.. Ada risiko tak untuk baby dlm kandungan sy? actually sy Baru je dpt tahu sy pregnant..boleh dapatkan nasihat doc Sama Ada nak stop breast feed immediately atau tak? . sy risau risiko kandungan . anak sulung mcm Belum ready nak stop susu.

Baca lagi
3y ago

terima kasih doc. actually anak sulung dah brusia 2thn 2bln. skrg sy pregnant 5 minggu. Baru sangat .itu yg mnimbulkan kerisauan sebab baru tahu sy Hamil Dan anak sulung Masih nak menyusu badan .tp dia just minum bila sy dirumah shja. Dan kebiasaan nya pada waktu Malam nak tidur. dia susah tidur kalau tak menyusu .

Kencing kotor.. Frm early pregnancy till now kencing kotor 25 minggu sudah, sampai habis kan antibiotic, do test do many times.. Ni Baru 2 kali kencing no trace, tak kotor.. Tu pun lepas kencing pagi 5 kali, Baru dapat kencing bersih.. Kalau kencing awal kat klinik, result tetap kotor.. Kenapa cam nie?

Baca lagi
3y ago

Ketika hamil, Hormon adalah salah satu punca, ia menyebabkan perubahan pada saluran kencing dan itu membuat wanita lebih cenderung mendapat jangkitan. Cara untuk mencegah dari jangkitan kuman: kosongkan pundi kencing anda dengan kerap, minum banyak air untuk kekal terhidrat. Buat pemerikasaan untuk jenis kuman dalam kencing.

Super Mum

Sy nk tny, knp ye sy selalu nak pitam di awal kehamilan shinggakan gelap mata.. Bila cek up jmpa dokter, smuanya normal dr segi tknn darah, bacaan gula n sebagainya. Stiap hari, dy akan berlaku diwaktu tengah hari.. Dsbbkn itu, sy akan tidur sehingga keadaan sperti biasa..

3y ago

Terima kasih dokter. Good info😊

sy dia 2nd trimester kerap sakit gigi semasa hamil. mengapa sy kerap sakit gigi and Macam nak hilangkan rasa sakit sakit gigi. sebab sebelum sy hamil gigi sy jarang jarang sekali sakit dan bila ke klinik gigi gigi sy sihat. bila mengandung sy terlalu kerap sakit gigi.

3y ago

Gusi dan gigi anda boleh menjadi sensitif bila mengandung, ia boleh menyebabkan sakit gigi. Peningkatan risiko gusi merah, bengkak dan penyakit gusi (gingivitis dan periodontitis) semasa mengandung. pengambilan Kalsium penting untuk kesihatan gusi. Kalsium terdapat dalam susu ataupun supplement kalsium jenis tablet. Sekiranya gejala berlanjutan sila berjumpa dengan doktor gigi.

hi doc, saya baru tahu saya mengandung tp dlm masa yg sama saya kerap sakit perut macam gastrik tu, sblm ni pergi klinik dan ambik ubat gastrik, boleh saya tahu ada apa2 kesan tak atau ada masalah pada kandungan saya sebab saya belum buat buku pink lagi

3y ago

t.kasih doc jelas dan paham

VIP Member

Hi doktor. Saya mommy nora Ikin Saya nk tnya ni. Time pregnant para mommy mungkin akan alami alahan yg teruk. Dan masa pregnant. Perlu ke para wife and husband Ambil asid folik selepas bersama. Tu aje soalan saya. Terima kasih doktor 😊😊

3y ago

Semasa bayi berkembang pada awal kehamilan, asid folik membantu membentuk saluran saraf. Asid folik sangat penting kerana dapat membantu mencegah beberapa kecacatan kelahiran utama otak bayi (anencephaly) dan tulang belakang (spina bifida). Anda harus mengambil asid folik setiap hari dari 12 minggu sebelum anda hamil hingga 12 minggu pertama kehamilan. Untuk suami , ia dapat meningkatkan kesihatan jantung dan kesuburan.