Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Navdeep Singh Pannu, Obstretrik dan Ginekologi (O&G), TMC Fertility

'Dah hamil 3 bulan tapi tak ada muntah-muntah. Normal ke? Atau saiz perut tak besar macam ibu lain ketika hamil? Atau risau tentang aktiviti harian menjejaskan perkembangan tumbesaran bayi?' Tanya semua soalan anda secara terus bersama pakar jemputan kami iaitu Dr. Navdeep Singh Pannu, Obstretrik dan Ginekologi (O&G), TMC Fertility Puchong pada hari Khamis, 22 Julai 2021, jam 4.30 petang. *NOTA : Segala persoalan diluar daripada topik dan masa yang dijadualkan akan di padam atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Navdeep Singh Pannu, Obstretrik dan Ginekologi (O&G), TMC Fertility
43 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy dia 2nd trimester kerap sakit gigi semasa hamil. mengapa sy kerap sakit gigi and Macam nak hilangkan rasa sakit sakit gigi. sebab sebelum sy hamil gigi sy jarang jarang sekali sakit dan bila ke klinik gigi gigi sy sihat. bila mengandung sy terlalu kerap sakit gigi.

4y ago

Gusi dan gigi anda boleh menjadi sensitif bila mengandung, ia boleh menyebabkan sakit gigi. Peningkatan risiko gusi merah, bengkak dan penyakit gusi (gingivitis dan periodontitis) semasa mengandung. pengambilan Kalsium penting untuk kesihatan gusi. Kalsium terdapat dalam susu ataupun supplement kalsium jenis tablet. Sekiranya gejala berlanjutan sila berjumpa dengan doktor gigi.