Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Navdeep Singh Pannu, Obstretrik dan Ginekologi (O&G), TMC Fertility
'Dah hamil 3 bulan tapi tak ada muntah-muntah. Normal ke? Atau saiz perut tak besar macam ibu lain ketika hamil? Atau risau tentang aktiviti harian menjejaskan perkembangan tumbesaran bayi?' Tanya semua soalan anda secara terus bersama pakar jemputan kami iaitu Dr. Navdeep Singh Pannu, Obstretrik dan Ginekologi (O&G), TMC Fertility Puchong pada hari Khamis, 22 Julai 2021, jam 4.30 petang. *NOTA : Segala persoalan diluar daripada topik dan masa yang dijadualkan akan di padam atau tidak dijawab.
doktor sya nk tanye ni .kenapa jntung sy berdegup dengan lambat...kdgkla mcm xcukup pam jntung sy ni.... kndungan sy br 8 mingu...ada kah kerana sy mengmbil ubat asid folix 5in 1 ke....harp mintak penjelasan doktr...terima kaseh doktr..
Doktor saya nak bertanya, normalkah ibu mengandung lambat merasa pergerakan baby? 20 weeks lebih baru rasa sikit2 pergerakan dan pergerakan tu tak rasa kuat Adakah itu normal? Perlukah ibu mengandung berasa risau. Terima kasih doktor
Baca lagihai, biasanya anda akan merasakan pergerakannya sekitar 20 minggu. Pergerakannya akan meningkat secara beransur ketika bayi membesar. anda perlu memantau pergerakan selepas 28 minggu kehamilan.
Doc, sy dah 16 week, perot sy setiap hari angin byk.. Mkn awal ke lmbt ke byk sgt angin.. Xtau mcm mna nk buat lg dah.. Lepastu bila angin byk sgt rsa nk muntah.. Da cuba mkn ubat angin bli kt farmasi tp x sesuai.. Mcm mana ye doc?
Badan anda menghasilkan lebih banyak progesteron untuk menyokong kehamilan anda. Progesteron ini akan menyebabkan usus anda bergerak perlahan bermakna pencernaan anda menjadi perlahan. Ini membuat gas dalam usus, yang seterusnya menyebabkan perut kembung. Untuk mengurangkan ketidakselesaan anda boleh minum banyak air, makan lebih banyak serat dan bersenam. Kalau berterusan boleh berjumpa dengan doktor.
doc.. drh tggi sya mkin teruk sejak masuk trimister ke 3 ini. walaupn sya x mngalami simptom2 spt penng.. mata kabur dan sbgainya. cuma kaki saya yg bengkak kuat tp tnpa rsa sakit. adakh ini blh jejaskn bby saya?
Hi Dr. Jika keluarga ada yang menghidap anemia dan sebelum hamil juga si ibu ada anemia adakah ia akan memberi kesan pada bayi apabila ibu lupa beberapa kali ambil pil folic acid? Thank you in advance.
Baca lagiPuan mesti jumpa doctor dan menyiasat kenapa ada anemia. penting untuk mencari punca dan mendapatkan rawatan. Penyebab yang paling kerap adalah anemia kekurangan zat besi yang boleh dirawati dengan pill vitamin. Kalau sekali-sekala tak makan asid folic tidak memberi kesan buruk. Tetapi lebih baik mengambil vitamin hari-hari.
Hi Doc, sy hamil anak kedua, sebelum ni keguguran. Sekarang ni masih trimester pertama cuma simptom mual, hidung sensitif dan sebagainya come n go, sekarang ni berapa hari tak rasa simptom, normal ke?
biasanya separuh wanita sahaja akan dapat simptom awal mengandung. setengah juga akan dapat simptom yang datang dan pergi. Mesti jumpa doctor anda untuk ultrasound scan.
dr saya br buka buku 11w lepas esoknya saya turun darah bila doc scan br 7w laluan xbuka ada kemungkinan ke sy akan keguguran? skrg darah keluar sikit mcm last period tu...
Assalamualaikom doktor, nak tanya, macam mana nak ambik ubat sambung selepas bersalin. sedangkan selepas bersalin berpantang. ubat sambung adalah ubat kencing manis.
Tidak perlu sambung ubat kencing manis kalau puan ada kencing manis pada waktu mengandung sahaja. Tetapi mesti test darah untuk pastikan tidak ada kencing manis lagi selepas bersalin 6 minggu . Tetapi kalau ada kencing manis sebelum mengandung, mesti sambung ubat kencing manis.
Doctor.. saya hamil buat pertama kali. Tapi saya perasan morning sickness teruk sangat. Macam mana nak kurangkan rasa mual ya? Bau pun saya sensitif sangat
Minum air and makan sedikit tapi lebih kerap, elakkan minuman yang bergas, makanan yang pedas atau berminyak. Kalau muntah bertambah teruk, mesti jumpa doctor untuk ubat tahan muntah.
1.hamil 27 mingu sakit tulang pingul tulang belakg normal x? 2. adakah kandungan obimin kk cukup utk ibu mngandung atau perlu tambahan supplement/susu?
terima kasih doktor
Excited to become a mum