Cara untuk elak trauma semasa bersalin

Cara-cara yang dapat membantu anda untuk tidak trauma bermula dengan ‘mind-set’ kita sebelum bersalin. Kebanyakan ibu akan mula bertanya untuk rujukan dari saudara/kawan rasa bersalin tu mcm mana. Kalau kena dgn kwn atau saudara kita yang trauma, secara tak langsung dah implan rasa takut dkt kita. Alhamdullilah saya bersalin normal,tanpa bius atau apa apa ubat tahan sakit. Saya set dalam mind set saya, ‘INI UNTUK ANAK SAYA’. Nurse banyak kali tanya kalau saya nak ubat tahan sakit tak,sy tetap kan dalam diri tak nak. Saya kuat. ‘I got this!’ ‘I can do this!’ ‘Yes i can!’ Ini yang saya banyak ulang dalam kepala selain berdoa kepada Allah untuk dipermudahkan. Dah masuk dewana bersalin, sy terpaksa tahan daripada meneran sebab doktor tak sampai lagi (walau suami sendiri doktor, dia ada tanya kalau nak dia shj yang sambut) Tapi saya tetap nak tunggu doktor saya dtg. Sakit memang sakit tp sy lebih fokus nak ‘get it over with’ dan bersalin cepat. BIG TIPS: Masa meneran tu, rasa mcm kita meneran semasa membuang air besar. Tak sakit mcm org cakap. 7/10 pain scale Jangan angkat BONTOT kalau tak nak terkoyak banyak. Masa bila koyak pun tak rasa. Push semasa sakit contraction. Jangan jerit nanti tenaga habis. Contraction tu yang sakit 10/10 tapi dia mcm period cramp, kejap ada kejap surut. Baby keluar je cuba letak atas dada sementara doktor jahit. Fokus kat baby,Ini yang kita bawa 9 bulan dalam perut. InShaAllah tak rasa apa doktor buat kat bawah tu. Selamat bersalin mommies. Harap membantu #firstmom #ingintahu #firstbaby

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Ya anak pertama memang lorat dengar pengalaman orang. Memang akan seriau. Tapi bila dah anak pertama lahir pun seriau juga tapi lepas tu mesti akan terdetik untuk ada lagi anak. Apa pun kesakitan boleh ditanggung in sya Allah apa pun komunikasi dengan suami penting jika perlu rehat atau gap untuk jarak kan anak (bagi rehat juga pada mommy untuk sembuh dan elak rasa trauma yang terlampau)

Baca lagi
3y ago

Betul tu. Apa apa kesakitan InshaAllah boleh kita lalui. Perancangan keluarga juga penting untuk masa depan family 👍