Tips minum air gula

Boleh share tak tips minum air gula supaya tak muntah dan tips taknak bagi sangkut gdm ?

26 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya kena minum 2x air gula sebab 1st time pregnant masa 1st trimester dan 3rd trimester. Alhamdulillah 2x minum saya taksangkut gdm dan result cantik. 2,3 hari sebelum minum air gula memang saya kurangkan makan & minum benda manis. Satu hari sebelum minum air gula, kena puasa start pukul 10malam. Besok pagi pegi klinik awal (sebab air gula selalu misi bancuh awal). Kalau pegi lambat nanti air gula dah sejuk dan jadi pekat, susah sikit la nak telan tapi kena jugak telan sampai habis. Kita kena ambik darah dulu sebelum minum air gula (darah diambil sebelum minum air gula dan selepas 2jam minum air gula) Kalau macam saya sebelum minum air gula tu saya sapu minyak angin dekat hidung dengan tengkuk, masa minum air gula tu relax dan jangan berenti langsung, telan dalam satu nafas. Lepas sudah minum pun sapu minyak angin lagi bagi kurang rasa loya tu. Settle minum, misi suruh kita rehat. 2jam lepastu kena pegi ambik darah sekali lagi. Misi pesan jangan makan, minum dan muntah selagi taksettle ambik darah kali kedua sebab akan ganggu result bacaan. (jangan tipu diri sendiri kang merana kemudian) **masa rehat duduk dekat tempat yang selesa dan berangin sejuk. Jangan berdiri lama2. Goodluck sis minum air gula nanti, dan semoga result elok

Baca lagi
1y ago

sama cara nya yg sy buat..sy set dlm kepala teguk dlm 1 nafas je nak abis kan cepat² dan tahan utk muntah sbb tak nak ulang lg skali, tak sanggup.. mmg standby minyak kapak bg berangin kepala.. Alhamdulillah skali je minum air gula.. pengalaman firstmom

Sy dulu dtg awal ke klinik supaya minum air gula time tgh pns or suam².kalau dah sejuk lg la tak boleh telan coz mmg semata² gula je & dah pekat sikit..minum sekali teguk jgn berhenti..tenang² je..Alhamdulillah dua² kali bacaan normal.utk yg 2nd pregnancy ni, utk yg 1st, sy minum kat klinik swasta coz time tu still lg dlm fasa morning sickness..risau termuntah..kat klinik swasta dpt air gula perisa oren & sejuk..so, bolehla telan.tp mmg azab jgak la nak thn dr nimuntah selama 2 jam..huhu..sy mmg cuba kurangkan manis time preggy ni wlpun sebenarnye hantu dessert 😁..time weekends je bila keluar mkn dgn family minum air bergula..mkn dessert pun sekali sekala.risau jgak coz ayah diabetic..so, mmg berjaga² jgaklaa..ape pun, moga dipermudahkan urusan kita semua ye.gudlak sis 🥰

Baca lagi

beli air gula yg berperisa dekat farmasi ad jual.. sy haritu beli perisa Oren letak dlm peti ais pegi klinik awal2 klau boleh pukul 8 tu dh ad dekat klinik, so turn nk minum air gula tu xde la sis tunggu lama sangat.. klau pegi pukul 8 pukul 10 dh boleh mkn dh lepas ambik darah Kali ke2.. sy seminggu sebelum minum air gula banyakkn minum air masak n mkn buah epal hijau.. sy minum je air manis tp lepas minum air manis sy terus minum air masak.. dua hari sebelum minum air gula sy minum air lemon kosong sebelum tdo.. alhamdulillah xde sangkut gdm, sy baby first.. semoga urusan sis dipermudahkan

Baca lagi
1y ago

betul minum yg berperisa ok sikit dari yg plain.. itu pun hujung2 rasa pening kepala🤣, klau minum yg plain xtau la mcm mana

puasa dri kul 10 mlm smpai esok .. pstu minum time air tgh suam . better dtg awal klau nk air gula tu suam2 lah . first sy minum alhamdulilah 3 4 kali teguk terus oky tkde loya . jgn terlampau pike kn sgt kdg2 kita pike sgt tu tkut nti tetibe loya . mom buat cm tkde pape je yg penting kne puasa minum dlm keadaan btul2 tgh lapar perut berbunyi hahaha .. alhamdulillah sy minum sekali hritu tkde loya tkde muntah tkde pening kple . bru first minum . nti berat naik kena minum lg .

Baca lagi

Before start puasa dalam pukul 9 camtu minum air lemon separuh biji. Perah lemon campur dengan air suam dalam segelas then minum terus tidur ye. Minum air gula time air suam suam. Jangan panas nanti melecur pulak hehe. Minum one shot terus. Jangan minum sikit sikit. Before minum tarik nafas dalam2 then minum sambil tutup mata. Lepas minum terus bangun. Macam saya rumah dekat dengan klinik saya terus balik rumah baring nak tunggu 2 jam pulak. Good luck ye

Baca lagi

saya baru lepas minum air gula 8/2 ari tu..sy beli air gula kt farmasi, brand Barikel, rm18 sebotol mcm tu lah.. sy bawak gi kk, ckp kat misi sy bawak air gula sndiri.. nasib baik boleh telan smpai habis, sbb ada perisa, sy minum perisa Honeydew, sedaap.. hehe.. utk ank2 sebelum ni sy minum air gula yg kk bancuh tu, mmg nak muntah, trpksa tahan & telan.. kali ni sy minum yg beli kt farmasi.. cubalah puan, insyaAllah, better & boleh minum 🤭

Baca lagi
1y ago

selalunya result keluar brp hari? maksud sy klu sangkut nurse akan call bila ye ? sbb sy minum air gula 1/3 hari tu, sampai skrg nurse takde call lagi. harapnya mmg tak sangkut la, takut nurse lupa je 😅

Ikut je tips yg mommies bagi tu. Datang awal. Minum time air gula tu masih suam2. Puasa start pukul 10am. Sebelum pergi klinik jgn minum. minum air gula tu time perut lapar n haus cepat je habis. Masa minum air gula fikir benda lain. Fikir balik lepas minum air gula nak tidur dulu ke. Fikir lepas balik klinik nak sidai kin ke. Fikir lah apa2 yg buat kita lupa rasa air gula tu haha. Nanti tiba2 dah habiss. Hehe ni yg saya amalkan lah

Baca lagi

Pelik baca ada yang kena minum air masak semua, Pengalaman semalam minum air gula (first time) Start puasa 10 malam, Ambik darah, minum air gula tak boleh makan/minum selama 2 jam. Ambik yang suam minum sekali teguk, tak boleh muntah. Tapi misi ada bagi minum sikit air masak, sikit je Alhamdulillah boleh minum, cuma nak tahan 2 jam tu je rasa pening. After 2 jam ambik darah semula. Sedia minyak angin boleh hidu nanti

Baca lagi

makan buah tomato sis mlm sblum puasa mkn trus mcm tu jerr ..insyalla tak sngkut kncing manis ..lpstu pastikan mnum air gula guna air yg sejuk jd tak muntah .. lps mnum air gula pastikn bnyk mnum air smsa tnggu kptusan biar smpi rsa nak buang air kecil sja .. alhamdulillah saya tak sngkut kncing manis pdhl faktor kturunan saya mmng kncing manis 🥰🥰 .. sis try laa insyallah tak sangkut sis

Baca lagi
1y ago

sama. kk sy pun tak bg minum apa2 lepas teguk air gula tu sebelum ambil darah kali ke-2. sy kumur sekali kt toilet lepastu balik rumah baring sbb mual & pening. nasib kk dekat je.

Dtg awal supaya dpt air gula yg masih suam2. kalau dia sejuk, mual dia memang dia takboleh bawak bincang. kalau nak muntah pn,selang seli dgn air kosong. minum sikit2. Tapi jgn minum banyak sgt 😅 cukup skdr nak hilangkan rs mual air gula tu je. yang penting kena jujur dgn nurse. kalau kita muntah lepas minum tu,bgtau je nurse nanti nurse akan bagi tarikh baru. Moga dipermudahkan ye!

Baca lagi