Pjj and pregnant

Boleh bagi semangat untuk saya? Saya pjj dengan suami Tapi bukanlah jauh sangat, cuma kerja suami berat dan kalau nak ulang alik kesian suami keletihan. Risau jadi apa2 dalam perjalanan pulang So faham2 jela, nak reply whatsApp pun susah juga Kerja berat, rehat tu mmg betul2 rehat Waktu pregnant ni emosi saya cepat sgt terasa Sikit2 nangis, teringat je menangis Tengok orang lain dengan suami pun rasa sedih Boleh ibu2 atau bakal2 ibu atau isteri2 yg sedang pjj share dengan saya, macam mana nak handle emosi? Saya risau kalau selalu menangis, anak lahir nanti kuat nangis jugak 🥲 org kata lah mcm tu...

25 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Dlm tempoh hamil ni, sibukkan diri dgn membaca dan tonton ilmu kehamilan, penyusuan susu ibu , cara mententeramkan dan menidurkan anak dan lain2 tentang penjagaan anak. Jadi, kita tak ada masa nak feel sedih, nak bandingkan diri dgn org lain. Buat apa yg kita suka, nak riadah ke, window shopping ke, tonton series ke, atau berbual dgn sesiapa yg kita selesa. be a happy mom dan tenang ya! kena kuatkan semangat, nnt kita perlukan kekuatan urk menempuh cabaran baru Semasa kehamilan, bersalin, post natal, mengasuh anak dan lain2 🤲🌻

Baca lagi