Sakit bawah perut tetengah malam

Bebaru ni, saya ada kena sakit bawah perut bahagian kiri. Dah 2 kali kena. Bukan macam senggugut tu tapi sakit yang tak tahu nak bagitahu sakitnya macammana. Macam tajam tajam gitu. Mencucuk cucuk. Yang pasti, saya kena tetengah malam masa tengah tidur. Saya terbangun dari tidur sebab sakit sangat & terus jerit "Sakit sakit. Sakit sangat!". Sampai suami pun terbangun sekali. Lagi satu, masa terbangun tu mesti saya tengah baring terlentang. Sakit tu pulak dalam seminit camtu. Pastu nak bertenang dari sakit tu dalam 5 minit camtu. Oh ya, saya ada cyst masa mengandung kali ni. Tapi masa doktor scan masa 4 bulan setengah haritu dah tak nampak, dah kecut camtu. Doktor kat KK pun kata bukan sebab cyst ni, cyst dah kecut. Doktor hanya boleh kata setakat ini okay saja tiada apa yang perlu dirisaukan. Mungkin sebab ligamen. Cuma kalau jadi lagi, saya perlu terus ke PAC/Kecemasan. Wallahu'alam. P/s : Saya saje bertanya di sini jika ada yang berpengalaman macam saya. Yang pasti, saya dah cerita kat doktor kat KK & doktor dah scan tapi takde pape. Semuanya okay saja. Baby okay. Uri okay. Cyst tak jumpa. Kalau ada yang berpengalaman, sudi sudilah berkongsi pengalaman di sini. Terima kasih. ☺️ #27minggu #ingintahu

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy pernah terjadi masa first trimester.. pergi scan dekat klinik dr ckap sbb pghadaman x lawas.. sbb sy mmg ad sembelit n pyh nk mmbuang.. masa scan tu dr ckap byak sangat najis dlm usus.. mgkin dye jd tertekan bhgian tu sbb tu jd sakit.. masuk second trimester ok n now dah 34w dye jd lagi😭 tahan jela skit tu sbb dye kjap2 je.. bila dah lawas membuang mmg oke lah skit rasa sakit tu...

Baca lagi