Sakit bawah perut tetengah malam

Bebaru ni, saya ada kena sakit bawah perut bahagian kiri. Dah 2 kali kena. Bukan macam senggugut tu tapi sakit yang tak tahu nak bagitahu sakitnya macammana. Macam tajam tajam gitu. Mencucuk cucuk. Yang pasti, saya kena tetengah malam masa tengah tidur. Saya terbangun dari tidur sebab sakit sangat & terus jerit "Sakit sakit. Sakit sangat!". Sampai suami pun terbangun sekali. Lagi satu, masa terbangun tu mesti saya tengah baring terlentang. Sakit tu pulak dalam seminit camtu. Pastu nak bertenang dari sakit tu dalam 5 minit camtu. Oh ya, saya ada cyst masa mengandung kali ni. Tapi masa doktor scan masa 4 bulan setengah haritu dah tak nampak, dah kecut camtu. Doktor kat KK pun kata bukan sebab cyst ni, cyst dah kecut. Doktor hanya boleh kata setakat ini okay saja tiada apa yang perlu dirisaukan. Mungkin sebab ligamen. Cuma kalau jadi lagi, saya perlu terus ke PAC/Kecemasan. Wallahu'alam. P/s : Saya saje bertanya di sini jika ada yang berpengalaman macam saya. Yang pasti, saya dah cerita kat doktor kat KK & doktor dah scan tapi takde pape. Semuanya okay saja. Baby okay. Uri okay. Cyst tak jumpa. Kalau ada yang berpengalaman, sudi sudilah berkongsi pengalaman di sini. Terima kasih. ☺️ #27minggu #ingintahu

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pun ada rasa random dull pain dkt belah kiri, waktu tgh2 tdo terjaga sbb tekejut tiba2 sakit. Dan sakit tu xpernah dtg waktu lain. Saya xtahu sama atau tk rasa sakit tu dgn sakit awak. So far dia akan hilang sndiri dan dtg sekejap je. Bukan braxton hicks sbb perut tk mengeras pun time tu. Saya pun x sure itu sakit apa tp setakat ni 2x dh terjadi waktu tgh tdo. Panic jgk igt dh nk beranak tp saya baru 31w harap2 bukan nk beranak lg laa 🤣

Baca lagi
3y ago

Macam sama je keadaan kita ni. Betul rasa dia bukan contraction palsu tu. Sakitnya terkejut gitu. Kan