39 Balas

TapFluencer

Sabar sis , think positive baby sekarang baru nak serasi dgn dunia luar , dalam perut dia rasa lain . Anak saya mcm anak sis juga , waktu malam sampai subuh adalah waktu dia berjaga , nak merap sembang , cium muka saya . Sepanjang jaga dia nak duduk menegak mcm kita sendawakan dibahu untuk cium muka , kemudian nak duduk atas riba . Org tua panggil gayat . Sebab tu kena pegang baby dan dia nak ada rasa pegangan ibu dia . Banyakkan sembang dan pesan dekat baby untuk tidur elok , jadi anak baik setiap kali dia jaga . Sis boleh tidur waktu dia tidur untuk cover tidur sis yg tengah malam . Takda la mengantuk sgt bila dah rehat . Baby ni dia banyak angin untuk membesar , jangan mengeluh ya sis . Semua tu proses dia dan pengalaman bermakna buat sis untuk nanti share dgn dia bila umur meningkat . Story telling baby . Moga membantu sis dan dpt bagi semangat .

Kesian sis dan baby letih 🥺. Minyak blh tau sis sapu myk apa..? Kot mcm anak sy yg sulung dulu, sesuai myk telon ja.. myk kayu putih rengsa kulit dia.. myk telon senang ja dia kentut buang angin.. Baby sis baby lelaki atau girl? Kalau boy, sy cadangkan tuam (rasa dulu tahap panas dgn pipi atau belakang tgn kita). Tuam kat kemaluan terutama biji anak lelaki, menghala ke atas, tuam perut, belakang perut, celah peha, betis dan tapak kaki. Kalau baby girl pun sama cuma x perlu tuam area kemaluan Tuam aka tungku asal ada pun ok, pakai apa bahan ada dkt rumah: stokin jintan putih/jintan manis/lada hitam. Campur atau salah satu shj ada pun x apa. Masukkan dlm stokin, panaskan atas iron atau panaskan atas kuali kering bersih. Rasa dulu tahap panas dgn pipi dan belakang tgn ibu b4 tungku/tuam kt baby ya🙏 Harap membantu 🙏🙏🙏

saya pernah alami seperti sis. pada waktu tu bayi saya 2 bulan cuma bayi tidak kerap menangis cuma berjaga.. ye stress memndangkn sy pn bkn pnyabar orgnye.tambahn pulak sebab waktu kita tido ,lagilaa. alhamdulillah dikurniakan suami yg sabar. dptla bergilir menjaga. pada waktu bayi nak tido je kt pangkuan kita, kita jangan biasakan. usahakan selepas mnyusu dn sendawakan anak terus letak bayi dalam baby court atau tilam yang biasa bayi tido. memang makan masa lama untuk usahakan sebab takkan berjaya pada awalnya. tpi bila bayi pn da trbiasa, insyaaAllah bayi akan biasa selepas mnyusu, sendawakan dan letak atas tilam. sbb bayi akan anggap itu rutin dia. keep strong sis. sbb pnglaman baru utk kita sbg mak ayh . never give up dan berdoala minta Allah tolong kita. insyaaAllah

jangan stress² sis tak elok..tenangkan diri tarik nafas dalam² rilek dulu..bg kat pak dia dulu ka..biar la nangis pun..sis gi tmpt lain dulu n fikir, anak ni kejap je dh besar..nnt dh dia dh besar takda dah rasa camni.. lg satu hritu sy ad follow kursus gentle birth, kalau org bersalin czer mmg anak dia akan trauma..sbb lahir2 dh kena jolok dalam tekak..so mmg dia akan menangis je ketakutan..sbb tu kalau peluk dodoi pgg dia okay, bila letak dia nangis..sbb dia rasa tak selamat.. cuba sis time pgg dia tu time dia diam tu, tenangkan dia..ckp elok² baik²..puji dia anak soleh anak baik..ckp ngan dia mama ad ni jgn takut..mungkin dia akan okay..sy doakan sis n anak okay, jgn stress² sian nnt baby pun stress..

mcm tu jg masa baby sy belum cukup sebulan. alhamdulillah ada mak sy tolong jaga, dpt jg ilmu. dia pesan budak baru lahir cepat masuk angin sebab tu kdg jd punca kuat menangis. urut perut, belakang & tapak kaki dia. paling penting jgn lambat² bg susu. kalau susu badan dlm sejam bg lagi. kalau formula dlm 3 jam paling lama. lepas menyusu botol cepat² sendawakan dia tido malam ubun², pusat & tapak kaki kena sentiasa tutup. jgn juga biar baby bebaju tebal sgt nt dia kepanasan, jadi panas dalam. letak selimut @ kain kecil² atas perut dia spy xterkejut 😊

Mcm sy juga dulu masa anak tgh dlm pantang. Mmg penat dgn x cukup tido. Nnt semakin baby bertambah bulan, kurang la die meragam waktu mlm. Sebulan, 2 bulan tu je die nk sesuaikn diri di dunia luar. Mcm sy dulu, tido duduk, tido atas katil, support belakang dgn 3 biji bantal, kiri kanan support, sambil tu pangku baby, baby pun support dgn bantal u shape menyusu tu, selesa sikit. Baby dapat tido, sy pun dpt tido walaupun x la selesa sgt, but still comfortable. Bila dah 2 jam die tido, sambil mamai2 lepas minum susu tu sy letak die kt sebelah sy. Dpt juga luruskan pinggang. Most important jgn stress tu saja. Makin bertambah stress nnt.

Mil saya ajar kalau baby menangis xtau apa sebabnya, bacakan selawat syifa masa sapu minyak di perut & belakang baby. Dodoikan dia dengan bismillah 5. InsyaAllah baby akan lebih tenang. Saya faham sebab ank saya menangis dr lps maghrib sampai kul 2 pagi xtau apa xkena bole kata msa lepas tanggal pusat tu smpai berlarutan 4-5 hari macam tu perangai dia. Diam sekejam masa dia penat tertido tapi bila celik menangis semula. Alhamdulillah masa mil datang dia ajarkan macam tu. Baby da tak nangis². Kita dahla tgh pantang baby pulak menangis xtau camana nak handle tangis dia yg sampai awal pagi tu. Dgn kita xcukup tido juga..

Sama mcm sy. Kdg 2-3 hari dia x tidur lgsung asyik menangis je. Dh buat smua bnda pun masih x jalan. Dh urut, tukar pampers, bedung, susu, psg zikir, lullaby, white noise, selawat, tukar bilik panas/sejuk, mandikan. Tp mmg mcmtula ragam dia. Sy bekerja so lg rabak dgn x tido berhari2. Skrg dia dh 2 bulan masih mcmtu cuma dh x hari2 mcm dulu, skrg dia meragam selang 1-2 hari je. Sabar ye, fasa bby ni x lama, brapa bulan je, nnti kejap je dia dh besar. Jgn handle sorg2, mintak tlg husband

baby sy dlu sampai dkt 3 bln mcm tu sis..start pukul 6 ptg meragam sampai 3 subuh semua tak kena..sy try dodoi kn dia kat dada sy tidur lena hingga ke pagi..sis cuba try bunyi kan sesuatu semasa dia nangis tu..mcm lulababy ke..try cri bunyi apa je..kdg baby masih tak biasa keadaan slps keluar dri perut ibu..sbb dekat perut ibu bnyk bunyi dia dgr..kdg baby tu tak suka sunyi..tu yg meragam🤭

TapFluencer

semua tips sy setuju, dan satu lagi ikhlaskan diri dlm mengasuh/menjaga anak, suami ingatkan isteri supaya bersyukur kerana dikurniakan anak. sabar dlm menjaga anak. So, ibu akan release stress bila suami ingatkan macam tu, kita bercakap dgn baby supaya tenang. Kita pun nak tenang. Doa banyak2 supaya kita faham apa yg baby nak. Dan baby pun faham kita penat. ❣️

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan