Nak Tanya apa perlu Kita buat bila Kita tahu suami curang?

Bantu saya

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Suami pertama sya dulu selalu macam ni. Bila kenapatan. Terus gaduh besar la. Sya mesti packing kain nak pindah. Dia pula terus janji nak berubah. Jadi terima lagi. Lama2 tu ada lagi. Dan ada lagi dan ada lagi. Jadi sya buat keputusan lari senyap2. Tak tahan dah. Sudah lah menagih dadah,kaki judi,gaji sebulan 4/5k entah kemana hilang. Rumah aku yg bayar. Jadi atas nasihat family. Sya pun lari senyap2 da. Cerai fasakh. Alhamdulilah skrg suami kedua sangat bahagia dan perfect orgnya. Tu sya kena berterima kasih dgn Allah kerana gantikan kehidupan yg lepas dengan yg lebih baik. Amin. Ni kisah jalan hidup sya. (Bukan pendapat ya)

Baca lagi
5y ago

Sya sendiri ke muis isi borang cerai.dan drg suruh panggil suami datang. Tapi sya tak nak. Sebab mesti dia tak mau cerai dan nak gunakan aku lagi.jadi aku bagi tau je lah, tak tau dia kat mana skrg. Lepas tu drg suruh aku buat iklan cari suami. Aku pergi la bayar akhbar utk iklan.. 3 kali naik bicara suami tak dtg. Final masa utk berjumpa hakim, dan aku kena cerita kan lagi luahan ku semula. Nak tengok sama ke tidak. Jadi aku ni dengan emosi menceritakan semula,jatuh2 air mata betul aku. Dan hakim pun tengok percakapan aku,dia terus angkat tukul dia. “Pak,pak,pak” hakim sebut nama betul aku” dengan ini kamu di ceraikan fasakh talak satu “ terus terduduk melutut aku di lantai masa tu. Dengan hembusan nafas yang sangat lega. Lapang nya terus dada ku,terkeluar dari awan hitam yg selama ni. Baru lah aku nampak matahari timbul.. ya Allah terima kasih ya Allah. Terus hakim cadangkan aku ambil surat hak penjagaan anak,atas dasar keluarga suami bukan beragama Islam. Sekian cerita dari ku.😄