Stress Suami Obses Gadjet
Bangun pagi tgk phone. Isteri balik kerja, dia kat rumah pun tgk main phone lg. Tgh makan tgk phone. Bawak kereta pun sibuk nak tgk phone. Bosan lah. Stress tau bila hari2 mcm ni. Siang dh hadap phone malam spend la masa kejap dgn wife. Peluk cium kejap sambil tgk tv ke. Saya rindukan belaian & kasih syg seorang suami. Kdg2 sy balik keje penat2 pun baring jap peluk cium pipi dia sbb rindu. Tp dia duk leka tgk fon la video2 kat fb baca post panjang2 berjela. Bosan la. Sy tgh pregnant anak first ni pun takde dia nak usap2 perut belai2 cium cakap dgn baby dlm perut. Tak habis2 dgn phone. Stress pulak. Tp dia rajin je keluar carikan makanan yg sy suka, belikan air kotak susu dutch lady byk2 sbb susu lain sy xboleh nk minum. Dulu sblm kahwin bukan main rajin lg call bergayut berjam2. Malam lepas nikah duk dlm kereta cari panadol dia mintak nk pegang tgn, bukan main suka lg dia xlepas pegang & cium2 tgn. Masa tu rasa beruntungnya dapat kahwin dgn org yg betul2 syg sgt kat kita. Tp skrg hmmmmmm. Kahwin belum sampai setahun lagi
Saya pun belum sampai setahun lagi usia perkahwinan dan sedang mengandung anak pertama kami. Masa awal perkahwinan pun semuanya indah, suami beri perhatian tapi sejak saya ada alahan mengandung teruk saya abaikan suami. Tak suka dipeluk ketika tidur, tak suka suami dekat 😂. Alhasil dia pun lebih banyak luang masa dengan phone sampai ketengah malam tengok movie kadang main game untuk jaga saya sebab saya selalu terjaga malam dan muntah/demam. Pagi pula saya sibuk belajar online (degree) jadi kami jarang berkomunikasi. Dia selalu dengan telefonnya sampailah 1 saat saya terlalu rindu. Sy minta dia simpan phone dan luang masa dgn sy tetiba dia marah. Katanya klu x tengok phone dia x boleh tidur. Barulah sy sedar yg sy telah abaikan dia. Waktu PKP, saya banyak berkomunikasi dgn dia, luahkan segala perasaan sy ( secara baik dan sopan ) dan dia juga luahkan perasaannya dgn baik. Sebelum tu saya juga betulkan diri saya ( saya mula jaga solat on time, zikir dan selalu berdoa. Solat adalah tiang kebahagiaan utk sebuah keluarga. Saya minta dia jadi imam. Saya masak makanan sedap2 untuk suami. Selalu bergurau senda dgn suami.) Ada benda yang saya tak suka saya terus tegur dan minta suami x buat lagi. Lelaki ni x mcm kita, mereka perlu ditegur, mereka bukan mind reader bak kata mizz nina. Jadi daripada kita bermasam muka, berterus teranglah dengan suami dan minta penjelasannya. Saya juga selalu tunjuk suami perkembangan anak dalam kandungan. Tunjuk gambar ultrasound walaupun dia tak faham jadi saya akan explain kat dia ini kepala baby, tangan baby etc. Bila baby bergerak saya tunjuk dekat dia, dia jadi excited sangat. Bila tidur perut bersentuhan dengan perut suami dan baby suka sangat gerak masa ni. Suami rasa sangat happy, katanya x sabar jumpa baby. Apa pun, puan kena berkomunikasi dengan suami. Kalau puan luah dengan kawan atau sesiapa tentang masalah ianya takkan selesai. Harus berkomunikasi dengan suami, luahkan perasaan dan jangan pendamkan. Pendam lama lama akan jadi benci.
Baca lagiKita betul2 kenal laki adalah selepas kawin, lepas tido sebantal sekatil dgn dia, mkn semeja dgn dia, duduk serumah dgn dia. Baru betul kita tau dia ni jenis mcm mana sebenarnya. Suami sy pun kadang2 dia dok ralit dgn tepon sebelah tgn, sebelah lagi dok main baby padahal baby dah tergolek ke lain pun bukan dia perasan. Sy tegur je dia. Terus dia letak tepi tepon. Sama dgn sy. Dia akan tegur sy bila sibuk dgn tepon je. Usia perkahwinan puan muda lagi. Biasa la tu. Baru nak adapt dgn alam rumahtangga. Nak tak nak masa ni la kita kena belajar kenal pasangan kita yg sebenar, belajar terima apa yg kurang apa yg lebih. Ada sesetengah lelaki bila dia dah kawin, so dia akan fikir “aku dah kawin. Aku dah dapat isteri yg aku nak” so setel. Kena ingatkan dia balik kenapa dia kawin. Isteri tak salah nak tegur suami walaupun suami pemimpin dlm rumahtangga. Suami bukan Nabi. Semua benda dia tau, semua benda dia betul. Sebab tu isteri tulang rusuk suami. Sentiasa ada kat sisi suami. Sy selalu je tegur suami apa yg sy rasa tak kena. Dia pun sama. Senang cakap, nak bahagia, kita kena saling ingat mengingati antara 1 sama lain. Luahkan apa2 yg rasa tak kena. Jgn berdiam je lepas tu mkn hati sorang2. Apa pun tak jadi. Silap2 jadi barah dlm rumahtangga je nanti bila pendam lama2
Baca lagiBiasa lah tu. Lelaki ni cara fikir dia tk sama dgn perempuan, dia fikir dh ada serumah sekatil seselimut dgn org yg dia syg pun dah cukup. Tapi kalau rasa mcm diketepikan sgt, suarakan. Ckp rindu lah nk bersayang-sayang, nk manja-manja. Kalau pasal belai perut ckp dgn baby ni, ada lelaki rasa kekok, ada lelaki rasa dia tk perlu buat mcm tu pun utk tunjuk dia syg kat anak dlm perut. Nanti cuba lah ajak suami, tknk ke sembang dgn baby. Sy sendiri tk usap perut dan ckp dgn baby sgt. Sbb sy rasa kekok, mcm pelik sgt. Suami kadang ada lah tetiba dtg usap perut, sembang sekejap. Walaupun tk kerap, tp suami lg banyak lah sembang dgn baby dr sy 😅 Apa pun benda mcm ni slow talk dgn suami. Tu lah gunanya pillow talk, sebelum tidur kalau ada yg mcm tk kena dgn hati, bagitau terus. Jadikan masa sebelum tidur tu utk luah perasaan, utk bercerita. Bknnya suami tk sayang tu, cuma kadang ada lelaki ni rasa dah cukup boleh nampak ada isteri depan mata, dia puas hati dah.
Baca lagiApa kata awak luah dekat suami? Baru lah dia tau apa awak rasa, time tu baru lah dia boleh explain kenapa dia main phone. Semua perbuatan ada sebab. Yang penting communication. Kalau rasa tak puas hati, cakap & bincang direct dengan suami. Kalau suami tak dengar atau keras kepala, barulah mintak pendapat orang lain.
Baca lagiBaru kawin sis. Jauh lagi perjalanan dalam rumah tangga ni. Dalam perkahwinan kena banyak communicate. Luahkan and share dengan suami apa you suka apa you tak suka. Kalau tak bagitau, sampai bila pun dia akan macam tu ja.
Bincang dgn suami berdua. Kalau x boleh bincang berdua minta nasihat & pendapat org ketiga. Pergi Jabatan Agama Islam utk kaunseling suami isteri.
Sabar ya puan..puan bwk berbincang dengan suami ya..suami saya pin cmtu tpi bila saya ckp terus dia xmain..dia main gan anak dia😅