Jangan Beban Isteri Untuk Hamil Setiap Tahun, Pastikan Mereka Ambil Pil Perancang Dienille Untuk Kawal Kehamilan

Bagi memperkasa kaum wanita untuk mengawal perancangan keluarga, kesihatan seksual dan reproduktif yang lebih baik, Eurodrug Laboratories Malaysia telah melancarkan kempen Take Control bersama dengan Farmasi dan Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia. Kempen ini dilancarkan bersama dengan Dienille iaitu sejenis pil perancang yang menggunakan dua hormon dienogest (2mg) yang memberi kesan seperti hormon luteal semulajadi dan ethinylestradiol (0.03mg) yang sama seperti estrogen. Buat pengetahuan anda, jenama Dienlle ini telah diperkenalkan buat pertama kali di Jerman pada tahun 1995 yang menawarkan keberkesanan, kawalan kitaran dan manfaat bagi mengawal kontraseptif. Kini, jenama ini sudah boleh didapati di Malaysia dan dibawah kategori ubat kumpulan C yang boleh diedarkan secara terus oleh ahli farmasi. Aktiviti endometri Dienille yang tinggi menjamin proses ovulasi dihalang dengan berkesan, sekaligus mengelak kehamilan yang tidak dirancang. Menurut Kelvin Tong, Pengurus Eurodrug Malaysia, keupayaan merancang kehamilan dapat meningkatkan peluang kaum ibu menikmati hidup dengan lebih baik terutama wanita moden yang sangat mementingkan kitaran haid yang sempurna dan pengurusan hormon. Dalam masa yang sama, Eurodrug Malaysia juga menghasilkan buku panduan Take Control yang dilengkapi senario kehidupan sebenar, soalan dan cadangan untuk kegunaan ahli farmasi semasa sesi kaunseling dengan kaum wanita. Tujuannya supaya dapat memberikan maklumat supaya wanita dapat membuat keputusan yang tepat dalam perancangan keluarga dan pengurusan horman serta kawalan kitaran haid. Atas sebab itu, rangkaian farmasi terbesar di Malaysia, CARiNG berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam kempen ini. Dalam pada itu, pihak Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia, FRHAM percaya jalan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi perancangan keluarga yang baik adalah dengan membidas mitos tapi meningkatkan akses kepada kaedah kontrasepsi yang lebih moden dan berkesan. Malah dengan cara ini dapat memberi kuasa kepada wanita bagi memastikan setiap kehamilan mereka adalah dirancang dan selamat serta tubuh juga bersedia untuk hamil kembali.

10 Balas

Sya dan suami jenis tak pelupa saling mengingatkan kalau time makan ubat perancang tp sangkut juga dah rezeki kan insya'Allah lepas ni nak cuba cucuk pulak harap2 sesuai

VIP Member

Sejenis xdisiplin😅. Jd ccuk 3bulan skli. Thniah ibu2 yg disiplin mkn ubat..😊💕

VIP Member

Takut terlupa nak mkn je 😅

VIP Member

Wah boleh cuba ni!

VIP Member

👍👍👍

Betul

VIP Member

Menarik!

Yes!!

VIP Member

👍

VIP Member

👍

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan